IPOH: Projek Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) di Hutan Simpan Kledang Saiong, Kuala Kangsar telah mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Rancangan Pengurusan Ladang Hutan (RPLH).
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bagaimanapun, pada masa ini, penubuhan ladang hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong itu, masih belum dilaksanakan.
"Pihak kerajaan Negeri akan memastikan kepentingan penduduk berhampiran terpelihara, walaupun pembangunan ladang hutan itu dilaksanakan kelak," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, beliau melakukan lawatan turun padang ke negeri Perak dan diberikan taklimat mengenai amalan pengurusan hutan secara berkekalan, PPLH dan pengoperasian Galeri Lenggong Geopark, pagi Isnin.
Pada Februari lepas, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad telah menyembah maklum kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berhubung projek pembangunan ladang hutan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Kledang Saiong, yang dibantah oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Terdahulu pada 17 Feb, lapan NGO telah menyerahkan memorandum bantahan cadangan projek pembangunan ladang hutan berkeluasan 4,280 hektar di HSK Kledang Saiong, kepada wakil Pejabat Sultan Perak di Kuala Kangsar, bagi memohon campur tangan Sultan Nazrin agar projek ladang monokultur itu dibatalkan.
Kandungan memorandum itu antaranya meminta Sultan Nazrin memanjangkan kepada pihak berkuasa negeri, supaya mematuhi ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-79 pada 2 Dis 2021, yang bersetuju secara prinsip mengenai pelaksanaan moratorium kelulusan baharu penubuhan ladang hutan dalam HSK di Semenanjung selama 15 tahun.
Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, beliau turut meninjau keadaan semasa di kawasan perlombongan haram bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Hutan Simpan Bintang Hijau, Mukim Lawin, daerah Hulu Perak yang didapati membawa kemusnahan kepada ekosistem di kawasan tersebut.
"Pada masa ini, siasatan sedang dijalankan mengikut peruntukan perundangan oleh pihak berkuasa yang terlibat," katanya.
Pada 8 Dis, seramai 31 individu termasuk 21 warga asing ditahan, kerana disyaki melakukan aktiviti penerokaan NR-REE secara haram di Hutan Simpan Bintang Hijau.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan berkata, serbuan yang merupakan kerjasama pihaknya dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) melalui Op Khazanah itu, dilakukan di beberapa lokasi berasingan.
Mengenai projek pembangunan Galeri Lenggong Geopark yang merupakan projek usaha sama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri, Nik Nazmi berkata, beliau percaya penubuhannya akan menjadi hub maklumat, yang berupaya mengetengahkan keistimewaan bagi menarik para pelancong dari dalam dan luar negara.
Beliau berkata, ia sekali gus memberi peluang orang ramai untuk mempelajari dan meneroka keunikan warisan arkeologi dan kepelbagaian sumber geologi di kawasan itu. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bagaimanapun pada masa ini, penubuhan ladang hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong itu, masih belum dilaksanakan. - Gambar fail/BERNAMA
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Projek Pembangunan Ladang Hutan Simpan Kledang Saiong terima kelulusan EIA, RPLH
Projek Pembangunan Ladang Hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong, Kuala Kangsar telah mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar dan Rancangan Pengurusan Ladang Hutan.