Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini merasmikan majlis pecah tanah naik taraf Hospital Tawau bernilai RM223 juta, di sini.
Projek naik taraf itu melibatkan pembinaan blok bangunan baharu di kawasan bekas tapak letak kereta hospital dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun iaitu menjelang Mei 2020.
Projek itu juga melibatkan penambahan 154 katil kepada 555 katil di wad yang sedia ada, klinik pakar, pembinaan enam dewan bedah, naik taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma serta tambahan perkhidmatan baharu seperti endoskopi suite, aset MRI dan mesin mamogram.
Projek mega sektor kesihatan itu yang diluluskan bawah Rancangan Malaysia ke-11 tersebut turut menempatkan Unit Pendidikan Pesakit, perpustakaan, maklumat kemahiran, pusat kajian dan kualiti, serta auditorium dan bilik seminar yang masing-masing mampu menampung 250 dan 80 orang.
Ali ketika ditemui pemberita berkata projek naik taraf itu membuktikan harapan kerajaan supaya masyarakat di Tawau serta daerah sekitar dapat memanfaatkan perkhidmatan perawatan kesihatan yang lebih berkualiti, yang juga merupakan antara hospital kluster negara.
Mengenai kemudahan tempat letak kereta, Ali berkata pihak hospital dan Kementerian Kesihatan telah berbincang dengan Majlis Perbandaran Tawau dan terdapat 440 petak kereta berhampiran kawasan hospital disediakan untuk pengguna.
"Untuk jangka masa panjang, kami akan menyediakan tapak parkir kereta bertingkat yang turut dilengkapi dengan kemudahan lain termasuk restoran," katanya lagi.
Dalam pada itu, menurutnya Tawau akan menikmati pembangunan berterusan dengan beberapa projek baharu serta naik taraf untuk kesejahteraan rakyat.
"Antaranya kami akan naik taraf klinik perubatan di Merotai serta untuk penjawat awam di daerah ini kami akan mengadakan kemudahan seperti pembinaan kuarters," katanya.
Terdahulu ketika berucap, Ali berkata Malaysia perlu ada inovasi seiring dengan hasrat untuk mencapai status negara maju iaitu 20 teratas di dunia menjelang tahun 2050.
"Kita harus inovatif dan cepat daripada negara maju seperti pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam sektor kerajaan yang memberi pulangan terbaik kepada negara dan rakyat," katanya dan menambah pertumbuhan positif ekonomi negara penting untuk mencapai hasrat tersebut.
Ali berkata individu juga perlu mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan dan bersama kerajaan membasmi kemiskinan.
"Rakyat perlu tahu apabila hasil negara meningkat sekali gus pendapatan negara turut meningkat dan peningkatan pertumbuhan itu perlu lebih tinggi daripada peningkatan inflasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2017
![Projek naik taraf Hospital Tawau siap menjelang 2020 Projek naik taraf Hospital Tawau siap menjelang 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71513591476_pecahtanah.jpg)
ALI berkata projek menaik taraf Hospital Tawau memakan masa kira-kira tiga tahun. - Gambar Bernama
![Dakwaan amang seksual, pelajar Tingkat Lima ditahan Dakwaan amang seksual, pelajar Tingkat Lima ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723264215_RapeGeneric.jpg)
Dakwaan amang seksual, pelajar Tingkat Lima ditahan
Seorang pelajar Tingkatan Lima ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual ke atas seorang pelajar Tingkatan Empat di Hulu Kelang.
![Jenazah kanak-kanak maut insiden kebakaran selamat dikebumi Jenazah kanak-kanak maut insiden kebakaran selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723264650_Kebumi.jpg)
Jenazah kanak-kanak maut insiden kebakaran selamat dikebumi
Kira-kira 100 jemaah terdiri ahli keluarga, sanak-saudara dan penduduk turut serta menunaikan solat jenazah.
![Larangan penuaian, penjualan kupang di perairan Port Dickson ditarik serta-merta Larangan penuaian, penjualan kupang di perairan Port Dickson ditarik serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723263443_kupang.jpg)
Larangan penuaian, penjualan kupang di perairan Port Dickson ditarik serta-merta
Jabatan Perikanan Malaysia menarik balik larangan penuaian dan penjualan kerang-kerangan termasuk kupang di perairan Port Dickson dan Melaka.
Jauhi kebencian di media sosial - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata langkah itu bukan sahaja membawa kebaikan kepada diri sendiri malah dapat mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna.
Bidang pendidikan astronomi ketinggalan 100 tahun - pakar
Bidang pendidikan astronomi di Malaysia kini ketinggalan lebih 100 tahun.
Perkara itu dizahirkan Ahli Astronomi & Astrofizik, Dr. Sharifah Fetom Syed Zain yang berkata galakan, dan pendedahan perkara ini sedari dari awal merupakan salah satu puncanya.
Perkara itu dizahirkan Ahli Astronomi & Astrofizik, Dr. Sharifah Fetom Syed Zain yang berkata galakan, dan pendedahan perkara ini sedari dari awal merupakan salah satu puncanya.
Ekosistem EV: Pembangunan ekosistem perlukan pemain EV global
Bagi fasa pertama, MITI menyasarkan untuk memudahkan import kereta EV bagi merancakkan pasaran domestik dengan segera yang akan mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 stesen pengecas untuk kegunaan awam dan penggunaan EV yang tinggi di pasaran Malaysia.
![EPL: Guardiola restui cabaran baru Julian Alvarez ke Atletico EPL: Guardiola restui cabaran baru Julian Alvarez ke Atletico](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723262101_PepGuardiolaJulia.jpg)
EPL: Guardiola restui cabaran baru Julian Alvarez ke Atletico
Guardiola menegaskan bahawa dia berminat untuk mengekalkan Julian Alvarez di Manchester City.
AWANI Ringkas: Suspek termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Didenda RM20,000 lindungi PATI dalam premis Didenda RM20,000 lindungi PATI dalam premis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723261922_PATIwarganegaraMya.jpg)
Didenda RM20,000 lindungi PATI dalam premis
JIM Pahang mengingatkan masyarakat agar tidak mengambil pekerja asing tanpa pas atau permit yang sah serta membenarkan PATI berada di premis mereka.
![Bidang astronomi negara ketinggalan 100 tahun - Pakar Bidang astronomi negara ketinggalan 100 tahun - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723259171_Astronomi.jpg)
Bidang astronomi negara ketinggalan 100 tahun - Pakar
Kurangnya galakan dan pendedahan bidang ini di peringkat pendidikan awal merupakan punca mengapa ia masih terkebelakang.
![Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650879450_PuanSriRohaniAbd.jpg)
Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi
Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah.
![PM Ismail Sabri beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa PM Ismail Sabri beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650857279_PerdanaMenteri.jpg)
PM Ismail Sabri beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa
Ahli Parlimen Bera itu turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
![Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba 6.30 pagi Isnin Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba 6.30 pagi Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650819197_TanSriAliHamsaB.jpg)
Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba 6.30 pagi Isnin
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya.
![Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650513185_TanSriAliHamsaB.jpg)
Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin
Penghormatan terakhir diadakan di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dari 8 hingga 9.45 pagi.
![Ali seorang mentor, pendengar yang baik - Mohammad Ali seorang mentor, pendengar yang baik - Mohammad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650513185_TanSriAliHamsaB.jpg)
Ali seorang mentor, pendengar yang baik - Mohammad
KSU K-KOMM, Mohammad Mentek rakam penghargaan di atas budi dan jasa Allahyarham Ali Hamsa kepada penjawat awam.
![Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650513370_AliHamsa.jpg)
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
![Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650507066_TanSriAliHamsaB.jpg)
Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia
Allahyarham yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1958 memegang jawatan tersebut dari tahun 2012 hingga 2018.
![Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/41574158887_TBALIHAMSA.jpg)
Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa
Sebelum ini, Ali memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan beliau, terdapat empat isu dipersetujui untuk dipadamkan daripada laporan.
![Kes Laporan Audit 1MDB: Rakaman audio 2 jam 40 minit mesyuarat di Putrajaya didedah Kes Laporan Audit 1MDB: Rakaman audio 2 jam 40 minit mesyuarat di Putrajaya didedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81574225970_najib.jpg)
Kes Laporan Audit 1MDB: Rakaman audio 2 jam 40 minit mesyuarat di Putrajaya didedah
Rakaman berkenaan antara lain dikaitkan dengan keputusan yang dibuat untuk menghapuskan empat isu daripada laporan audit 1MDB.
![Ali Hamsa dakwa Najib tidak puas hati laporan audit 1MDB Ali Hamsa dakwa Najib tidak puas hati laporan audit 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41574158887_TBALIHAMSA.jpg)
Ali Hamsa dakwa Najib tidak puas hati laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa berkata perkara itu dimaklumkan oleh Najib ketika beliau (Ali) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada 22 Feb 2016.