Kewujudan projek MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) bagaikan 'durian runtuh' kepada para pemilik hartanah apabila nilai hartanah di sekitarnya meningkat antara 10 dan 30 peratus.
Gambaran peningkatan nilai hartanah itu diberikan oleh pemilik, pemaju dan portal hartanah kepada Bernama apabila ditemu ramah baru-baru ini.
Pemaju hartanah Datuk Seri Lim Keng Cheng berkata projek MRT itu memberi kesan paling ketara terutama kawasan yang berada dalam lingkungan radius satu kilometer dari stesen MRT.
"Nilai hartanah di kawasan itu boleh meningkat sehingga 30 peratus," katanya yang mengendalikan perniagaan pembinaan, pembangunan hartanah dan konsesi prasarana.
Beliau berkata projek MRT itu telah memberikan kelebihan dan ruang kepada para pelabur untuk menjalankan projek-projek besar seperti pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang memberi kemudahan kepada orang awam untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan.
"Selain menguntungkan pemaju, ia juga memberi manfaat kepada pemilik aset kerana pembangunan di sekitar MRT tetap menjadi rebutan masyarakat untuk didiami kerana ia lebih mudah diakses," kata Lim.
Fasa pertama Laluan MRT SBK yang dibangunkan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) itu memulakan operasinya pada 16 Dis bagi laluan Sungai Buloh ke Semantan dengan 12 stesen sejauh 21 kilometer.
Projek Jajaran MRT SBK bernilai RM23 bilion yang meliputi dari Sungai Buloh ke Kajang sejauh 51 kilometer beserta 31 stesen itu disasar beroperasi sepenuhnya menjelang Julai tahun depan.
Tinjauan Bernama mendapati walaupun fasa II MRT SBK melibatkan laluan dari Semantan ke Kajang sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap Julai tahun depan, pembangunan lain di sekitar projek fasa II itu turut rancak membangun.
Lim berkata syarikatnya sedang melaksanakan pembangunan integrasi melibatkan pembangunan sebuah hotel, 1,500 unit apartmen serta pusat membeli-belah di Cheras dan apabila siap, ia boleh berhubung terus dengan stesen MRT Taman Mutiara yang terlibat dalam fasa II MRT SBK.
"Meskipun harga bagi setiap unit rumah itu tinggi, iaitu antara RM500,000 hingga RM1 juta, kesemua ini telah pun habis dijual...ini menunjukkan masih terdapat permintaan tinggi daripada pembeli," kata Lim.
Pengurus portal hartanah PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez pula berkata Indeks Harga Hartanah portalnya menunjukkan nilai hartanah di sekitar jajaran MRT telah mengalami aliran peningkatan lebih 10 peratus sejak tahun lalu.
"Jika anda lihat pada Glomac Damansara Residences, purata harga transaksi meningkat kepada tujuh ke 10 peratus tahun ini berbanding 2015 walaupun dalam keadaan kelembapan pasaran hartanah.
"Selain itu, Plaza Condominium di Taman Tun Dr Ismail menyaksikan sedikit peningkatan 10 peratus ke atas antara tahun ini dan 2015.
"Hartanah yang berada di antara dua stesen (dua MRT atau satu MRT dan LRT/Komuter) mungkin mengalami lebih banyak peningkatan berbanding tempat lain kerana orang ramai mahukan perhubungan. Jadi, faktor sambungan bersepadu juga adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan, bukan hanya jajaran MRT," katanya.
Sheldon berkata situasi ini juga memberi laluan kepada pertumbuhan dalam pasaran sewa yang merupakan satu alternatif kepada pemilik hartanah.
Sementara itu, Penyelaras Jabatan Bandar dan Perancang Wilayah Universiti Malaya, Dr Nikmatul Adha Nordin berkata kawasan yang dijangka mengalami peningkatan harga hartanah paling ketara adalah di Kota Damansara, Taman Tun Dr Ismail dan Sungai Buloh.
"Berdasarkan pengalaman pembangunan LRT, nilai hartanah di kawasan yang berdekatan stesen akan meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus...situasi ini mampu menarik pasaran yang lebih besar, sekali gus merancakkan aktiviti komersial dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.
Beliau menjangkakan akan wujud kawasan penempatan baharu di kawasan berhampiran MRT selagi ada ruang untuk aktiviti pembangunan.
Bagaimanapun, Nikmatul Adha bimbang nilai sewa yang lazimnya selari dengan peningkatan nilai hartanah berkemungkinan menjejaskan golongan berpendapatan sederhana dan rendah dalam mencari perumahan yang mampu untuk disewa.
Tinjauan Bernama ke beberapa kawasan perumahan di sekitar stesen MRT SBK mendapati rata-rata penduduk yang ditemui mengaku turut terkesan apabila harga rumah dan sewa meningkat secara mendadak sejak projek MRT memulakan operasinya.
Penduduk di Kondominium Pelangi Damansara, Zaitun Mohamad, 37, melahirkan rasa syukur kerana beliau telah membeli dan memiliki rumah tersebut pada 2008 dengan harga yang murah berbanding yang ditawarkan sekarang.
"Dulu masa beli rumah ini hanya RM127,000, sekarang sejak ada MRT ia dijual pada harga RM320,000 dan ke atas, saya rasa harga ini akan terus meningkat," kata peniaga nasi lemak dan pisang goreng itu ketika ditemui Bernama.
Bagi pemandu bas yang menyewa di Kampung Paya Jaras di Sungai Buloh, Abang Ismail Ahmad Ibrahim, 32, pula mengeluh apabila dikenakan kadar sewa rumah terlalu tinggi di kawasan perumahan yang berdekatan MRT.
"Pada 2006, sewa hanya RM380, kemudian ia terus naik sehingga mencecah RM780 sekarang...itu pun rumah yang ada satu bilik dan satu bilik air," kata anak kelahiran Sarawak yang tinggal di Semenanjung sejak 1998 itu.
MRT merupakan sebahagian daripada Projek Transformasi Ekonomi (ETP) untuk menambah baik sistem pengangkutan awam yang berintegrasi dengan tiga lagi sistem hubungan rel iaitu LRT, KTM Komuter and KL Monorel.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2016

Projek MRT itu memberi kesan paling ketara terutama kawasan yang berada dalam lingkungan radius satu kilometer dari stesen MRT. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Unit EcoWorld Malaysia jual tanah 56.06 hektar di Iskandar Malaysia pada RM693.96 juta
Pemaju hartanah itu berkata tanah berkenaan terdiri daripada 117 lot tanah kosong hak pegangan bebas dan rizab jalan.

Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate
Tang berkata, pasaran masih belum berada dalam kedudukan yang kukuh dan pemaju tidak dapat menyalurkan kos kepada pembeli rumah.

PM Sepanyol cadang cukai 100 peratus ke atas hartanah dibeli oleh bukan warga EU
Langkah yang dianggap "belum pernah berlaku" itu bertujuan menangani kekurangan perumahan di Sepanyol.

Menteri Singapura akan keluarkan surat tuntutan berhubung 'rencana berunsur fitnah' Bloomberg
Dua menteri Singapura akan mengeluarkan Surat Tuntutan berhubung artikel yang menyentuh urusan hartanah mereka.

LBS terima anugerah Deloitte buat kali ketiga, bukti kepimpinan dan komitmen mampan
LBS Bina Group Berhad, syarikat terkemuka dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah, berjaya merangkul Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik (Malaysia) 2024 oleh Deloitte.

Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.

Saman 1MDB: Riza Shahriz guna AS$248 juta untuk beli hartanah, belanja perjudian
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa wang AS$248 juta telah digunakan untuk kepentingan peribadi Riza Shahriz iaitu bagi membayar pembelian beberapa hartanah dan perbelanjaan berjudi.

Belanjawan 2025: Isu mampu milik jadi tumpuan sektor hartanah
Isu berkaitan mampu milik kekal menjadi tema utama dalam sektor hartanah menjelang Belanjawan 2025 walaupun beberapa cadangan yang dikemukakan bukan suatu perkara baharu, kata CIMB Securities Sdn Bhd

1 juta rakyat New Zealand sukar miliki rumah
Kajian Consumer New Zealand mendapati, 41 peratus bukan pemilik rumah percaya mereka tidak memiliki kemampuan kewangan untuk memiliki rumah.

Kerjaya dalam bidang hartanah kini menjadi pilihan ramai
Ramai perunding baru daripada pelbagai bidang pendidikan yang berbeza memilih kerjaya dalam bidang hartanah sebagai pilihan utama masa kini.