Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, projek infrastruktur dan perhubungan mega yang dilaksanakan kerajaan ketika ini bukan untuk kemegahan semata-mata.
Sebaliknya, projek berkenaan dibangunkan untuk merangsang ekonomi dan memberi peluang pekerjaaan berpendapatan tinggi kepada penduduk.
"Saya perlu tegaskan bahawa projek-projek ini bukan projek bersifat untuk kemegahan sahaja, bukan projek yang kita sebut sebagai projek yang mewah, tetapi projek ini membantu ke arah merangsang ekonomi negara kita dan ia memberi peluang pekerjaan high paying jobs selain memberi peluang kontrak-kontrak pada peringkat level kedua terutama sekali kepada syarikat-syarikat tempatan termasuk kontraktor kelas F," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Khas Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Antara projek mega berkenaan termasuk Pan Borneo Highway, Rapid Pengerang di Johor, Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX), East Coast Rail Link (ECRL) dan Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR).
Pada masa sama katanya, pelaksanaan projek berkenaan akan menyumbang kepada rangkaian perhubungan yang lebih baik, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Justeru, kesemua projek ini perlu dipastikan dilaksanakan dengan cekap, bertunjangkan komitmen kepada tadbir urus yang baik," tegasnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri mahu Kementerian Kewangan memudahkan urusan kewangan untuk kementerian terlibat bagi memastikan kelancaran projek yang dibangunkan.
Ia berikutan katanya, 2017 adalah fokus utama kementerian itu untuk menekankan aspek penyampaian.
"Ini bererti bahawa sebagai sebuah kementerian dan agensi yang bertanggungjawab atas urusan kewangan negara, maka kita mesti facilitate dan pastikan bahawa semua kementerian tidak menghadapi kekangan untuk melaksanakan program ataupun projek berdasarkan kepada penyampaian yang lebih berkesan yang diharapkan oleh rakyat," jelasnya.
Justeru, beliau berharap melalui pendekatan berkenaan, Najib berharap kekurangan kewangan bukan lagi alasan mana-mana kementerian untuk tidak melaksanakan projek yang diamanahkan.
"Duit tidak sampai lagi atau bajet tidak cukup selalu dijadikan luahan atau alasan sama ada tepat atau tidak.
"Ini saya harap kita semua beri perhatian yang serius supaya tidak dijadikan alasan oleh mana-mana kementerian untuk tidak memulakan program atah projek mereka," ujarnya.
TAMAT
Rahimah Abdullah
Thu Jan 26 2017
Perdana Menteri mahu Kementerian Kewangan memudahkan urusan kewangan untuk kementerian terlibat bagi memastikan kelancaran projek yang dibangunkan. - Gambar Bernama
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
RM44.2 juta Akaun Sejahtera dicarum bagi program i-Lindung hingga September 2024
Sejumlah RM44.2 juta telah dikeluarkan oleh pencarum melalui Akaun Sejahtera KKWSP sejak program i-Lindung diperkenalkan pada Julai 2022.
Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan dijangka dibentang tahun depan - MOF
Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (RUU PK) bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Kementerian Kewangan teliti pemohonan bayar balik ICPT kepada Sabah Electricity - Amir Hamzah
Kementerian itu juga sedang menimbang pemberian moratorium bayaran balik pinjaman Sabah Electricity kepada kerajaan yang dianggarkan sekitar RM65 juta.
RM12.8 bilion wang tidak dituntut setakat 31 Okt
Sejumlah RM17 bilion wang tidak dituntut diserahkan syarikat dan firma kepada Jabatan Akauntan Negara dengan RM4.2 bilion daripada jumlah itu telah dituntut empunya yang berhak setakat 31 Okt lepas.
Bayaran akhir STR disalur secara berperingkat bermula esok - MOF
Kerajaan akan menyalurkan bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara berperingkat bermula esok kepada 8.7 juta penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Isu FashionValet: Vivy Yusof, suami sambung beri keterangan kepada SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung proses merekod keterangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang dijadualkan pagi ini
200 lagi Kampung Angkat MADANI pada tahun depan
Johan berkata jumlah tambahan kampung angkat melibatkan peruntukan RM200 juta itu akan dilaksanakan berikutan penerimaan baik yang diterima.
SPRM mulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan FashionValet
SPRM memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.
Khazanah, PNB jual pegangan RM47 juta dalam FashionValet pada harga RM3.1 juta
Khazanah pada mulanya melabur RM27 juta ke dalam FashionValet pada 2018 manakala PNB memasukkan RM20 juta.
Pelaksanaan sijil pematuhan cukai secara rintis diperluas hingga 31 Mac 2025
TCC akan menjadi dokumen yang diwajibkan pada peringkat tawaran perolehan serta memenuhi obligasi dan patuh kepada undang-undang percukaian negara.