MACHANG: Sebanyak 42 projek di bawah Program Jalan dan Jambatan Luar Bandar (JALB) termasuk menaik taraf jambatan sempit melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM1.44 bilion diluluskan di Kelantan.
Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata projek berkenaan berada di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan dilaksanakan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
"Bagi 2023, sejumlah RM122.95 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan tiga projek di bawah JALB iaitu Projek Membina Jalan dan Jambatan dari Kampung Joh ke Kampung Belimbing, Projek Membina Jalan dan Jambatan dari Kampung Joh ke Kampung Kuala Sat serta Projek Membina Jalan dari Kampung Joh ke Kampung Mata Ayer, Machang.
"Projek-projek ini akan melengkapkan jaringan jalan alternatif luar bandar melibatkan daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas lawatan dan taklimat Projek Pembangunan Persekutuan Tebing Sungai Kelantan Bagi Projek Jambatan di Kampung Joh ke Kampung Belimbing, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata ketiga-tiga projek berkenaan dijangka memendekkan tempoh masa hingga 20 minit dan jarak perjalanan antara tiga jajahan terlibat sejauh 15 kilometer.
Menurut beliau, kerajaan komited dalam mengurangkan jurang infrastruktur perhubungan jalan luar bandar dan wilayah dalam usaha untuk menoktahkan kemiskinan di Kelantan.
"Pelaksanaan projek JALB akan memberi impak pembangunan, melancarkan aliran trafik dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi serta sosial terutama di Machang, sekali gus menafikan naratif bandar mati," katanya.
Terdahulu, Nik Nazmi turut mengadakan lawatan dan pemantauan Projek Pembesaran dan Menaik Taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Projek Pembinaan Taman Sistem Binaan Berindustri (IBS) Labok, di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023
![Projek jalan, jambatan bernilai RM1.44 bilion di Kelantan - Nik Nazmi Projek jalan, jambatan bernilai RM1.44 bilion di Kelantan - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688297560_NikNazmi.jpg)
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) ketika melakukan lawatan ke tapak Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan Kampung Joh ke Kampung Belimbing, Tanah Merah hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Projek jalan, jambatan bernilai RM1.44 bilion di Kelantan - Nik Nazmi Projek jalan, jambatan bernilai RM1.44 bilion di Kelantan - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688297560_NikNazmi.jpg)
Projek jalan, jambatan bernilai RM1.44 bilion di Kelantan - Nik Nazmi
Sebanyak 42 projek di bawah Program Jalan dan Jambatan Luar Bandar (JALB) termasuk menaik taraf jambatan sempit melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM1.44 bilion diluluskan di Kelantan.