KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer berjalan lancar dengan 67 peratus pembinaannya telah siap sehingga kini, walaupun di peringkat awal pembangunan dan pelaksanaannya, ia berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Dengan hasrat meningkatkan ketersambungan dan merangsang pembangunan ekonomi, projek merentasi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor itu disasar menjadi 'pengubah keadaan' (game changer) kepada ekonomi terutama dalam meningkatkan rangkaian pengangkutan Malaysia, khususnya di pantai timur dan barat negara.
Projek infrastruktur mega yang menjadi bukti hubungan dua hala kukuh antara Kuala Lumpur dan Beijing ini dijangka siap menjelang akhir 2026.
Projek bernilai RM50.2 bilion menampilkan laluan yang menghubungkan pantai timur dan barat negara merentasi 20 stesen itu mencatatkan satu lagi peristiwa penting hari ini dengan penyempurnaan majlis pecah tanah bagi Stesen Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) ECRL Gombak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd Tan Sri Mohd Zuki Ali memberitahu Bernama kehadiran Li Qiang di majlis itu mencerminkan kekukuhan hubungan dua hala antara dua negara yang telah lama wujud, yang memastikan kejayaan pelaksanaan projek di bawah Inisiatif Belt and Road (BRI) diterajui Beijing itu.
"Ia merupakan majlis pecah tanah pertama projek ini di Selangor dan juga menandakan titik permulaan pembinaan stesen pertama bagi laluan ECRL di Selangor, yang akan mempunyai lima stesen," katanya.
"Stesen ini akan berfungsi sebagai pintu masuk utama ke ibu kota, memudahkan perjalanan pengguna ECRL dari Lembah Klang ke negeri-negeri Pantai Timur. ECRL juga akan disambungkan ke Laluan LRT Kelana Jaya di Terminal Bersepadu Gombak, menyediakan rangkaian yang lebih baik dan kapasiti penumpang yang lebih besar.
"Laluan ECRL dari Kota Bharu ke Gombak dijangka siap pada penghujung 2026 dan beroperasi pada Januari 2027. Masa perjalanan antara Kota Bharu ke Lembah Klang dijangka sekitar empat jam, berbanding tujuh jam atau lebih melalui jalan darat semasa musim perayaan. Secara keseluruhan kemajuan projek ECRL berada pada 67 peratus," katanya.
April lepas Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberitahu media bahawa rangkaian ECRL di Selangor yang menjangkau jarak hampir 120 kilometer, akan mempunyai lima stesen iaitu Terminal Bersepadu Gombak, Kapar dan Jalan Kastam untuk penumpang sahaja, manakala stesen Bandar Serendah dan Puncak Alam sebagai stesen penghubung untuk penumpang dan kargo.
Fasa pembinaan untuk projek ECRL bermula dengan majlis pecah tanah di Kuantan pada Ogos 2017, namun kerja-kerja itu digantung pada 2018 atas sebab kewangan sebelum ia disambung semula pada Julai 2019 dengan kos yang lebih rendah.
ECRL menghubungkan ibu negeri, pusat bandar utama, hab perindustrian, pelabuhan, lapangan terbang dan zon pelancongan serta pertukaran dengan laluan kereta api sedia ada di Semenanjung Malaysia.
Projek infrastruktur mega itu dimiliki oleh MRL, anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), manakala China Communications Construction Company (CCCC) bertindak sebagai kontraktor utama untuk projek itu.
Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) Prof Madya Ts Dr Wan Mazlina Wan Mohamed memberitahu Bernama bahawa ECRL adalah projek infrastruktur negara yang penting untuk meningkatkan pembangunan wilayah, ketersambungan dan menambah baik transit awam merentasi rangkaian kereta api elektriknya, menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar.
"Ia juga mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan beralih daripada penggunaan kenderaan berasaskan bahan api kepada rangkaian rel elektrik dan menyediakan mod pengangkutan awam alternatif selamat untuk perjalanan jarak jauh," kata Wan Mazlina.
Sementara itu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz pada Mac lepas berkata ECRL berfungsi sebagai pemangkin pertumbuhan sosioekonomi dan dijangka meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia sebanyak 3.78 peratus menjelang 2047.
"ECRL bersedia untuk menjadi 'pengubah keadaan' bagi Malaysia, menghubungkan kita dengan lebih rapat kepada rangkaian kereta api Pan-Asia dan meningkatkan ketersambungan kita dengan rantau Asean dan Eurasia," kata Tengku Zafrul dalam ucaptama pada Seminar Laluan Rel Pantai Timur - Projek Pemecut Ekonomi (ECRL-EAP) Peluang Perniagaan dan Pelaburan, baru-baru ini.
Sementara itu Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata apabila disiapkan, projek ECRL akan memberi manfaat, antaranya kepada sektor hartanah berikutan kesan pembandaran dan kenaikan harga hartanah.
April lepas Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata ECRL-EAP dijangka menjana RM1.4 trilion untuk ekonomi Malaysia menjelang 2047 dengan tumpuan kepada pembangunan taman-taman perindustrian, hab logistik dan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD).
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada April berkata ECRL-EAP dijangka menjana RM1.4 trilion untuk ekonomi Malaysia menjelang 2047 dengan tumpuan kepada taman-taman perindustrian, hab logistik dan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD).
"Memandangkan projek itu adalah yang terbesar pernah dilaksanakan di sepanjang penjajaran Pantai Timur, adalah sesuai untuk syarikat-syarikat merebut peluang yang timbul, dalam bidang yang boleh diterokai lebih lanjut termasuk tenaga boleh diperbaharui; produk dan perkhidmatan kemampanan; pusat pendidikan dan latihan," kata MIDA.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

Projek infrastruktur mega yang menjadi bukti hubungan dua hala kukuh antara Kuala Lumpur dan Beijing ini dijangka siap menjelang akhir 2026. - Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.

Malaysia-China kongsi risiko kerugian kos operasi ECRL sama rata, kalau untung kita ambil 80 peratus - Loke
Syarikat pengendali Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Constructions ECRL Sdn Bhd (CCCECRL) akan menanggung kerugian secara bersama iaitu 50-50.

Malaysia bakal laksana rangkaian komunikasi LTE-R 4G sepanjang jajaran ECRL - Loke
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G di sepanjang jajaran East Coast Rail Link (ECRL).

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.