MELAKA: Projek "1 Kampung 1 Pantun" bakal mewarnai kemeriahan sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata di bawah projek berkenaan, kerajaan negeri bercadang untuk menghias 701 kampung dan 1,021 taman perumahan di negeri itu dengan meletakkan mercu dan papan tanda pantun warisan bagi menggamit pengunjung datang ke Melaka.
"Pengunjung juga bakal disajikan dengan keunikan pantun-pantun warisan yang bakal menghiasi koridor dan pintu masuk ke negeri ini.
Pantun-pantun terbaik yang diangkat bagi menghiasi pintu-pintu masuk ke Melaka akan memartabatkan lagi seni budaya warisan pantun negeri ini yang memberi nilai tambah dalam memperkaya lagi khazanah Bahasa Melayu di negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada Rabu.
Ab Rauf berkata Bahagian Teknologi dan Maklumat Melaka (BTMK) akan menguruskan pangkalan data bagi mengumpul pantun warisan terbaik dan dibantu Institut Tun Perak (ITP) serta agensi-agensi di bawah portfolio Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya selaku sekretariat dalam mengkoordinasi serta membuat pemilihan pantun-pantun warisan terbaik sebelum dipaparkan di papan tanda.
Beliau berkata pertandingan penulisan pantun sekolah-sekolah peringkat daerah dan negeri juga sedang giat dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Melaka dalam usaha menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada seni dan warisan bahasa terutamanya pantun dalam kalangan generasi muda.
"Saya percaya dengan memperagakan seni dan warisan budaya Melayu seperti pantun, Melaka akan jadi tumpuan kepada pencinta-pencinta bahasa rumpun Melayu seluruh Nusantara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023

Ab Rauf berkata di bawah projek berkenaan, kerajaan negeri bercadang untuk menghias 701 kampung dan 1,021 taman perumahan di negeri itu dengan meletakkan mercu dan papan tanda pantun warisan. - Foto fail/Astro AWANI

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Hanoi larang lawatan di jalan kereta api
Jabatan Pelancongan Hanoi meminta agensi pelancongan agar tidak menganjurkan lawatan ke jalan kereta api di wad Cua Nam, Hang Bong dan Cua Dong.

Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.

ANGKASA anjur dialog koperasi ASEAN Mei ini
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menganjurkan Dialog Koperasi ASEAN pada hujung Mei ini sebagai usaha memperkasa peranan koperasi dalam pembangunan ekonomi serantau.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

250 acara dalam Kalendar Pelancongan Sarawak - Abdul Karim
Seperti tahun sebelumnya, Sarawak terus kekalkan acara utama seperti Regata Sarawak dan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia.

IOI Properties rai hubungan Malaysia-China dengan penganjuran majlis budaya
IOIPG dan Visit IOI Resort City rai hubungan unik Malaysia - China dengan penganjuran China dan M'sia - A Celebration of Culture, Tradition and Culinary Excellence

KLTA seru kerjasama industri lebih kukuh menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
Presiden KLTA Syed Azhar Syed Nadzir berkata kerjasama itu penting dalam mewujudkan ekosistem pelancongan yang mampan.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.