KUALA LUMPUR: Minggu lepas, ibu saya, Khadijah Ujang yang berusia 78 tahun, akhirnya telah mendapatkan suntikan dos pertama vaksin, sekali gus memberi 'kelegaan' buat kami lima beradik.
Pada awalnya, beliau bertegas tidak mahu divaksin atas alasan hanya duduk di rumah bersendirian, tidak ke mana-mana, yang pada hematnya itu sudah cukup menjadi perisai bagi menghindarkan dirinya daripada dijangkiti virus COVID-19.
Usaha kami memujuknya untuk mendapatkan vaksin gagal sehinggalah Program Pemberian Vaksin Bergerak Parlimen Jempol diadakan di Dewan Homestay Kampung Lonek selama tiga hari bermula 15 Jun lalu.
Pendekatan yang dilakukan Ahli Parlimen Jempol Datuk Mohd Salim Mohd Sharif yang menggerakkan pusat vaksin kepada masyarakat sangat membantu penduduk terutama warga emas yang merupakan majoriti penduduk di kampung tradisi di sini.
Menariknya, daripada sesi penerangan mengenai vaksin sehinggalah kepada proses pendaftaran serta pemberian vaksin, semuanya diuruskan dengan mudah hasil kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM).
Bukan itu sahaja, masalah pengangkutan yang dihadapi dalam kalangan warga emas di kampung tersebut yang sudah tidak mampu berjalan atau memandu mahupun menunggang sendiri kenderaan, turut dibantu dengan menyediakan kemudahan tram bagi menjemput serta membawa pulang mereka selepas selesai program vaksinasi berkenaan.
Hasilnya, seramai 400 penduduk Kampung Lonek telah berjaya mendapat manfaat daripada program ini dengan menerima suntikan dos pertama vaksin termasuklah ibu saya yang mendapatnya pada hari terakhir program, 17 Jun lepas.
Ini adalah antara satu contoh usaha atau pendekatan yang boleh dilakukan wakil rakyat mahupun ketua masyarakat di kampung untuk bersama-sama menggerakkan ikhtiar menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi menarik lebih ramai warga emas tampil mendapatkan vaksin.
Mengambil contoh ibu saya sendiri, yang pada awalnya enggan menerima nasihat ahli keluarga terdekat supaya mengambil vaksin, bagaimanapun berubah fikiran dan akhirnya bersetuju menerima suntikan setelah menyedari kebaikan program pemberian vaksin ini.
Antara sebab keterujaan beliau, apabila melihat ramai rakan sekampungnya yang telah mendapatkan vaksin dan berkongsi pengalaman yang 'baik-baik', sekali gus mengubah 100 peratus pandangan beliau mengenainya.
Perkara yang paling dibimbangi beliau sebelum ini adalah kesan vaksin memandangkan dirinya yang sudah uzur, bagaimanapun persepsi itu terbukti salah. Ini kerana, tidak ada kesan sampingan yang teruk berlaku selepas divaksin malah beliau boleh melakukan aktiviti hariannya seperti memasak, membuat kerja rumah dan bercucuk tanam di halaman rumah.
Sedia maklum, banyak aspek perlu diambil kira dalam melaksanakan pemberian vaksin khususnya kepada warga emas terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman berikutan faktor usia, kesihatan dan juga masalah kemudahan seperti pengangkutan.
Ini menjadi antara satu cabaran utama dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa kedua yang memberi keutamaan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Sehingga 5 Jun lepas, daripada 3.5 juta warga emas berumur 60 tahun ke atas, kira-kira sejuta telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin dan Malaysia menyasarkan 80 peratus populasi atau sekitar 24 juta penduduk negara ini mendapat vaksin menjelang Februari 2022 bagi mencapai imunisasi kelompok.
Oleh itu, untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada kumpulan sasar seperti warga emas, pemberian vaksin secara bergerak lebih praktikal seperti yang dicadangkan pakar kesihatan.
Wakil rakyat atau penghulu, ketua kampung, para pemimpin komuniti terutamanya di kawasan luar bandar perlu bersama-sama turun padang dengan lebih 'agresif' untuk memujuk komuniti memahami kesan pandemik dan kepentingan vaksinasi, menurut Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff .
"Pengaruh mereka yang sangat dekat dalam kalangan masyarakat harus digunakan menterjemahkan misi kerajaan dengan menyebarluaskan maklumat mengenai vaksinasi kepada komuniti di sekeliling mereka.
"Mereka (pemimpin masyarakat) harus menggunakan ruang yang dimiliki untuk membantu dalam usaha memastikan negara mencapai imuniti kelompok dan seterusnya melandaikan lekuk jangkitan COVID-19," katanya kepada Bernama.
Khidmat mobiliti vaksinasi di kampung dan kawasan luar bandar, katanya perlu diperluaskan lagi dengan menggunakan kaedah berkelompok bagi mengurangkan bebanan logistik.
Cara ini bagi membolehkan penduduk kampung mendapat khidmat vaksinasi dengan pantas, cekap terutamanya dalam kalangan komuniti yang tidak berkeupayaan melakukan pergerakan seperti OKU dan warga emas.
Jelas beliau lagi, sesi kaunseling bersama komuniti juga harus diperbanyakkan bagi memberikan keyakinan tinggi kepada mereka untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
"Para pemimpin seperti wakil rakyat, pegawai daerah haruslah menggunakan daya kreativiti mereka mengadakan kempen kesedaran dengan menjelajah dari rumah ke rumah, atau kawasan penduduk dengan memberikan penerangan jelas mengenai kepentingan vaksinasi dan proses tersebut, supaya mudah difahami golongan ini," katanya.
Mereka yang berumur 60 tahun ke atas diberi keutamaan dalam pemberian vaksin fasa kedua menerusi program imunisasi tersebut yang sedang berjalan ketika ini, memandangkan mereka merupakan golongan rentan dan berisiko tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021

Sesi kaunseling bersama komuniti harus diperbanyakkan bagi memberikan keyakinan tinggi kepada mereka untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. - Gambar hiasan
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.
Pelajar patah tulang hidung ditumbuk akibat salah faham
Gara-gara pertelingkahan ketika memasuki persimpangan jalan, seorang pelajar tingkatan lima cedera ditumbuk sehingga retak tulang hidung oleh seorang lelaki tidak dikenali.
SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad.
Tumpuan Sabtu – 15 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (14 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.