Program Seni Pendidikan, yang merupakan antara program Sekolah Seni Malaysia (SSeM), akan diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah, Sungai Siput, Perak bagi zon utara pada tahun ini.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof memberitahu Bernama, program itu, yang menekankan kepada pendidikan seni visual, muzik, teater serta pengurusan seni akan dimulakan dengan 50 orang pelajar Tingkatan Satu di sekolah itu.
Langkah Jabatan Pelajaran mengadakan program daripada mewujudkan sebuah sekolah seperti yang diadakan di Sarawak, Johor dan Selangor adalah untuk melihat sambutan serta kemampuan pelajar dalam bidang tersebut, katanya.
"Program ini akan dikawal selia oleh jabatan dengan bantuan Unversiti Teknologi Mara (UiTM).
"Jika sambutan menggalakkan dan prestasi pelajar memberangsangkan, sekolah ini akan dijadikan sekolah seni," katanya kepada Bernama.
Khair berkata sambutan daripada pelajar lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk menyertai SSem ini amat menggalakkan.
Secara keseluruhan, pada tahun ini 270 pelajar SSeM yang telah dipilih akan memulakan sesi pembelajaran mereka pada Rabu ini di empat negeri.
"Seramai 75 pelajar di SSeM Johor, 85 di SSeM di Sarawak dan 60 orang lagi di SSeM di Kuala Lumpur, serta 50 pelajar di Perak," katanya.
Beliau berkata pelajar ini adalah antara mereka yang membuat permohonan melalui portal rasmi kementerian dan permohonan dibuka pada 26 Mei lepas hingga 5 Sept untuk kemasukan ke SSeM tahun ini.
Selain mata pelajaran seni, pelajar ini tetap diajar mata pelajaran teras, katanya.
Sejak 2007 hingga tahun lepas, seramai 1,472 murid mendaftar dan mengikuti pembelajaran di SSeM.
Bernama
Sun Jan 03 2016
Khair berkata sambutan daripada pelajar lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk menyertai SSem ini amat menggalakkan. - Gambar fail
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
SPM2016 mencatat indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.10
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, SPM2016 mencatat indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.10, lebih baik berbanding tahun 2015.
Sijil Tinggi Agama Malaysia: Prestasi 2014 setanding tahun sebelumnya
Prestasi Sijil Tinggi Agama Malaysia 2014 (STAM2014) adalah setanding berbanding 2013 dengan indeks Gred Purata Nasional (GPN) kedua-dua tahun direkodkan pada 3.20 mata.