KUCHING: Warga Indonesia yang berada di Sarawak digesa untuk merujuk kepada ibu pejabat Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) bagi urusan pendaftaran Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Jelas Konsul KJRI Sarawak, Yonny Tri Prayitno, gesaan itu dibuat susulan masih terdapat ramai warga Indonesia yang keliru dan tidak faham mengenai program rekalibrasi.
Setakat ini, Malaysia melaksanakan Pelan Rekalibrasi PATI melibatkan dua perkara iaitu Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.
“Namun ramai yang tidak faham tentang program rekalibrasi dan kami mengarahkan mereka ke ibu pejabat Konsulat Indonesia di Kuching untuk memberi bantuan dengan lebih efektif.
“Kami menyediakan surat perjalanan untuk memudahkan urusan mereka ke konsulat dan di sini (konsulat) mereka akan dibantu untuk memenuhi serta menguruskan setiap permohonan yang diajukan kepada agensi berkaitan kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Yonny, proses itu termasuk menyediakan dokumen yang lengkap dan menyelesaikan pembayaran terutama kepada rakyat Indonesia yang mendaftar untuk program itu.
“Jika diluluskan dan selesai semua urusan, mereka akan dihantar ke pintu sempadan dan pulang ke kampung halaman.
“Jumlah yang pulang ini termasuk tahanan rakyat Indonesia yang telah selesai menjalani tempoh tahanan di lokap oleh pihak Imigresen Sarawak melalui proses undang-undang,” katanya.
Berdasarkan data terkini KJRI Sarawak, seramai 7,437 warganegara Indonesia telah pulang sejak Januari sehingga 11 Mac 2021.
Ini melibatkan tiga pintu sempadan negara iaitu di Pos Lintas Batas Negara (PLBN) Aruk-Lundu, PLBN Entikong-Serian dan PLBN Nanga Badau-Sri Aman.
Untuk rekod JPBNS melalui Jawatankuasa Lokalisasi Negeri telah meluluskan seramai 27,000 permohonan pekerja asing untuk kedua-dua program rekalibrasi tersebut yang bermula pada 15 Mac hingga 30 Jun 2021
Kebenaran ini merangkumi sektor pertanian, perladangan, perladangan, pembinaan, pembuatan, perkhidmatan merangkumi pengangkutan, restoran, kuari serta perlombongan.
Rakyat Indonesia di Sarawak boleh menghubungi secara langsung pihak konsulat melalui talian aktif 24 jam 016-8866734 atau 082-461734 atau terus ke pejabat konsulat di Jalan Stutong, MTLD, Kuching untuk maklumat lanjut.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Mar 16 2021
PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Peniaga warga Indonesia didenda RM6,000 miliki kad pengenalan mengandungi maklumat palsu
Seorang warga Indonesia didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki kad pengenalan mengandungi maklumat palsu.
Indonesia gesa Malaysia siasat insiden tembakan babit 5 rakyatnya
Indonesia menggesa Malaysia mengambil tindakan terhadap pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekiranya terbukti mereka menggunakan kekerasan berlebihan pada Jumaat.
Polis buru saki baki suspek kes tembak di Tanjung Rhu, Banting
Polis berusaha mengesan dan memburu saki baki kumpulan warga asing yang bertindak menyerang anggota Maritim Malaysia di perairan Tanjung Rhu, Banting.
Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara lapan tahun terhadap empat warga Indonesia
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lapan tahun terhadap empat warga Indonesia yang didapati bersalah kerana membawa masuk 29 pendatang asing ke dalam negara secara haram tahun lepas.
Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah kelapa sawit terhadap bekas pemandu lori
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengembalikan sabitan terhadap seorang bekas pemandu lori yang telah dibebaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun.
11 lelaki Indonesia mengaku salah miliki 4,000 kg minyak masak
Sebelas lelaki warga Indonesia mengaku bersalah memiliki bahan kawalan berjadual iaitu minyak masak sebanyak 4,000 kilogram tanpa lesen sah.
Lelaki Rohingya didakwa tikam teman wanita sehingga parah
Fozi Alam Mohammad Alam, 43, yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Tekong bersama 34 warga Indonesia ditahan, cuba keluar secara haram
APMM Selangor menahan 35 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia termasuk tekong dipercayai cuba keluar secara haram dari negara ini.
Amah bukan 'punching bag' untuk lepaskan geram - Hakim
Seorang akauntan wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan didenda RM12,000 atas pertuduhan mengekplotasi dan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sekitar Februari hingga Mei 2021.
'Pembantu rumah dilayan seperti binatang, gaji tak dibayar'
Mangsa bertugas mencuci tandas sahaja dan selesai melakukan tugasan, mangsa akan dikurung semula di balkoni rumah.