GEORGE TOWN: Program Miracle Baby yang menawarkan pembedahan pada kos minimum memberi manfaat kepada kanak-kanak tempatan yang menghidap penyakit jantung berlubang dan kongenital.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata program kerjasama strategik antara Kementerian Kesihatan (KKM), Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) dan Hospital Sri Sathya Sai Sanjeevani (SSSSH) India itu membolehkan perkhidmatan pembedahan jantung kanak-kanak kompleks dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, selain pemindahan kepakaran kepada KKM.
"Setiap tahun dianggarkan seramai 5,000 bayi dilahirkan dengan penyakit jantung berlubang dan kongenital di Malaysia dan kebanyakannya memerlukan rawatan pembedahan jantung dengan kepakaran kompleks dan bagi mengatasinya, KKM menjalankan Program Miracle Baby," katanya dalam rakaman ucapan perasmian Program Miracle Baby di di HPP hari ini.
Turut hadir Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Ma'arof Sudin, Pengerusi UTAR Tan Sri Dr Sak Cheng Lum dan Pengerusi SSSSH Dr Sreenivas Chodagam.
Beliau berkata kolaborasi itu juga bertujuan menyediakan perkhidmatan pembedahan jantung kanak-kanak kompleks yang berkualiti dan akan diteruskan sebagai bantuan kemanusiaan dan kebajikan.
"Program rintis itu telah bermula pada 28 Nov lepas dan sedang berlangsung selama dua minggu, sehingga hari ini seramai 12 orang pesakit termasuk tiga orang pesakit dari Sabah telah dihantar ke HPP untuk menjalani rawatan," katanya.
Dr Noor Hisham berkata sebelum ini KKM menaja pesakit bagi pembedahan di luar negara menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan tempatan dan luar negara susulan kekangan slot rawatan pembedahan di Malaysia.
''Bagi memastikan kelestarian perkhidmatan pembedahan jantung kanak-kanak di negara ini, pihak pengurusan KKM, SSSSH dan UTAR bersetuju untuk meneruskan misi kemanusiaan bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dan memerlukan rawatan pembedahan jantung melalui program Miracle Baby," katanya.
Beliau berkata program itu diharap dapat memangkin hasrat kementerian untuk memulakan perkhidmatan pembedahan jantung kanak-kanak dalam skala lebih besar di Hospital Seberang Jaya yang dijangka siap pada 2023.
''Kami mengalu-alukan kerjasama dengan pihak UTAR dan SSSSH dalam Program Miracle Baby ini untuk jangka masa panjang dengan menjemput pakar-pakar dari SSSSH India ke Malaysia secara berkala.
"Objektif utamanya ialah berkongsi kepakaran pembedahan jantung dengan menjalankan pembedahan untuk 15 hingga 20 orang kanak-kanak bagi setiap lawatan," katanya.
Sementara itu, Yap Hooi Mui, 36, berkata anak bongsunya, Iris Sim Jia Xin, 8, yang menghidap penyakit jantung berlubang, merupakan pesakit pertama menjalani pembedahan di bawah program berkenaan pada 28 Nov lepas.
"Selepas dibedah, anak saya semakin aktif dan saya sangat bersyukur program Miracle Baby ini diperkenalkan kerana ia membantu ibu bapa dan kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.
Seorang lagi pesakit jantung berlubang, Eisya Marzuki, 16, selamat menjalani pembedahan jantung di bawah program itu hujung bulan lepas.
Eisya berkata beliau tidak sabar untuk kembali ke sekolah dan menjalani kehidupan selepas proses pemulihan yang mengambil masa sekurang-kurangnya enam minggu.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para doktor termasuk doktor dari SSSSH India yang telah merawat saya sepanjang di HPP, saya tidak sabar kembali ke sekolah bagi meneruskan sesi pembelajaran bersama rakan-rakan dan guru, namun saya perlu pastikan saya pulih dahulu,'' katanya.
Ibunya Siti Norazidah Mohd Hamzah, 41, bersyukur Eisya terpilih untuk program tersebut dan hanya perlu menungggu sekitar dua bulan sahaja bagi menjalani pembedahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022
Cheng Lum (kiri) dan Dr Sreenivas (dua, kiri) berbual dengan Mohamad Sobry Bakthiar yang mendukung anaknya berusia enam bulan yang menunggu giliran untuk pembedahan jantung dalam Program Miracle Baby di Hospital Pulau Pinang. - Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Program Miracle Baby bantu kanak-kanak sakit jantung
Program Miracle Baby yang menawarkan pembedahan pada kos minimum memberi manfaat kepada kanak-kanak tempatan yang menghidap penyakit jantung berlubang dan kongenital.