BESUT:Orang ramai ditawarkan makanan tengah hari percuma di beberapa gerai terpilih di sini melalui program Makanan Infaq anjuran Pemuda UMNO Bahagian Besut bagi meringankan beban masyarakat yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.
Penyelaras program Mohd Rozaini Mohd Rasli berkata dua kedai makanan dipilih menyertai program makan percuma selama tiga kali seminggu itu iaitu Warung Nadzri di Jerteh, kedai makan CK Ikan dan Ayam Bakar di Pekan Baru, Kuala Besut.
"Orang ramai boleh datang menikmati makan tengah hari di kedai-kedai tersebut bermula jam 12 tengah hari sehingga 2.30 petang pada setiap Ahad, Selasa dan Khamis," katanya yang ditemui pemberita di Warung Nadzri, di sini, semalam.
Warung Nadzri yang terletak di hadapan Balai Polis Trafik Besut di Bandar Jerteh menyediakan nasi putih bersama pelbagai lauk-pauk dan air secara percuma sejak 11 Okt lalu, manakala kedai makan CK Ikan dan Ayam Bakar di Pekan Baru menyertai program itu mulai semalam.
Mohd Rozaini, yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Besut, berkata, orang ramai yang berkunjung ke kedua-dua kedai tersebut pada waktu yang ditetapkan itu hanya perlu mengambil kupon yang disediakan, kemudian diserahkan kepada pemilik kedai.
Katanya, pada peringkat awal program ini dilaksanakan, pihaknya hanya memperuntukkan makanan percuma untuk 40 orang sahaja dengan nilai makanan RM5 seorang.
"Namun memandangkan sambutan menggalakkan dan ramai pihak yang bermurah hati menghulurkan sumbangan membiayai program ini, maka sekarang kita tidak hadkan jumlah pengunjung asalkan mereka datang pada waktu ditetapkan.
"Kami juga tidak meletakkan tempoh masa bila program ini akan berakhir dan ia akan berterusan sekiranya mendapat sambutan dan mempunyai sumber kewangan," katanya.
Sementara itu, pemilik Warung Nadzri, Roseita Hussin, 55 berkata beliau bersyukur kerana warungnya dipilih menyertai program tersebut kerana ia bukan sahaja membantu mengurangkan beban orang ramai tetapi juga memberi rezeki buatnya.
"Menu yang disediakan pada hari tersebut sama dengan menu yang dijual pada hari biasa dan pengunjung boleh memilih pelbagai jenis lauk-pauk mengikut selera mereka berdasarkan bajet yang ditetapkan untuk setiap orang.
"Antara menu lauk-pauk yang disediakan adalah gulai kuning ikan masin, ikan goreng, ayam masak merah, gulai ayam dan pelbagai lagi," katanya yang berniaga di situ sejak 30 tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 15 2020

Pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat memilih lauk-pauk untuk dinikmati bersama nasi putih dan minuman yang disediakan di Warung Nadzri. --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja
Menurutnya pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh.

Kedai makan, serbaneka di Kuala Lumpur boleh beroperasi hingga 2 pagi
Kedai makan dan kedai serbaneka di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sehingga pukul 2 pagi mulai Isnin.