KUALA SELANGOR: Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang berlangsung di Kompleks Sukan Kuala Selangor, di sini, membuka tirai semalam dengan pelbagai acara menarik menanti pengunjung.
Program tiga hari hingga Ahad ini adalah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang 163 perkhidmatan kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi berkaitan.
Penganjuran program yang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu menawarkan pelbagai acara dan perkhidmatan kepada pengunjung sekali gus menjadi platform terbaik untuk menyebar luas dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan.
Antaranya, kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM), kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan perkhidmatan Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian atau perdagangan, selain penukaran topi keledar untuk 1,000 pengunjung terawal setiap hari.
Turut disediakan ialah Jualan Mega MADANI dan Agro MADANI, pameran aset kerajaan, perkhidmatan bergerak seperti pemeriksaan dan rawatan pergigian, kempen derma darah, perkhidmatan kitar semula, perkhidmatan urutan terapi dan kosmetologi.
Selain itu, pada 8 malam berlangsung pula program kerohanian Darul Ehsan Berselawat yang menampilkan pendakwah terkenal Habib Ali Zaenal Abidin dan ramai lagi.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebagai peneraju program itu juga akan membuka pavilion khusus dan menyediakan khidmat nasihat secara terus kepada pengunjung berkaitan pelbagai elemen antaranya teknologi padi, akuakultur, pertanian menegak selain ‘petting zoo’ sebagai tarikan kepada kanak-kanak.
Program yang menyasarkan 100,000 pengunjung itu antara lain membuka peluang kepada masyarakat mengemukakan pandangan serta cadangan untuk menambah baik mutu perkhidmatan sekali gus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras agenda Malaysia MADANI.
Program MADANI Rakyat Zon Tengah anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), KPKM dan kerajaan Selangor itu merangkumi Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
Amirudin (tengah) berucap sempena program Darul Ehsan Berselawat bersama Habib Ali Zainal Abidin pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Kuala Selangor malam tadi. --fotoBERNAMA
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kuala Selangor bermula
Ia menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang 163 perkhidmatan kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi berkaitan.