KUALA LUMPUR: Berbaki sehari sahaja lagi, Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara yang menyediakan 196 perkhidmatan kementerian dan agensi kerajaan akan membuka tirai esok hingga Ahad ini.
Program yang berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu ialah platform untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat memahami dan menilai dasar serta inisiatif baharu dilaksanakan Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
Penganjuran siri kedua Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Pengangkutan (MOT) dan kerajaan Pulau Pinang itu merangkumi tiga negeri utara Semenanjung iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Pelbagai tarikan menanti pengunjung dengan penganjuran kali ini bakal menumpukan kepada agenda berkaitan kesejahteraan rakyat, perpaduan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pengangkutan awam bersepadu.
Antara yang menjadi tarikan ialah Karnival Kerjaya yang menawarkan lebih 1,500 peluang pekerjaan, penawaran diskaun hingga 50 peratus di kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia dan penukaran topi keledar anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 5,000 unit secara percuma.
Selain itu, program yang menyasarkan 100,000 pengunjung itu turut menawarkan baucar e-dompet bernilai RM20 untuk 1,000 pengunjung terawal di Jualan MADANI serta diskaun hingga 20 peratus bagi pelbagai Jualan Rahmah.
MOT sebagai kementerian peneraju program itu juga akan membuka sebuah pavilion khas yang menempatkan 15 agensi di bawahnya di samping kementerian serta pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi pelbagai perkhidmatan terus kepada rakyat.
Bagi memudahkan perjalanan orang ramai, MOT turut menyediakan perkhidmatan bas perantara bermula 10 pagi hingga 10 malam dan perkhidmatan feri percuma dari Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth ke Pangkalan Raja Tun Uda di George Town, sepanjang tiga hari Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara berlangsung.
Turut disediakan perkhidmatan KTM Komuter Utara secara percuma selama dua hari pada 4 dan 5 Mei iaitu hari kedua dan terakhir program, melibatkan perjalanan dari Padang Besar dan Ipoh ke Butterworth.
Lebih menarik, hari penutupan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara pada 5 Mei ini diadakan bersekali dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Program MADANI Rakyat 2024 merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lepas.
Program itu merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada kementerian dan agensi di peringkat kerajaan Persekutuan dan negeri, di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024

Program MADANI Rakyat 2024 merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lepas. - Gambar malaysiamadani.gov.my
AWANI Ringkas: Jenayah | PRK Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Sindiket penipuan pekerjaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes Kolej Vokasional Lahad Datu: Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
AWANI Tonight: Retirement: Securing a better future beyond EPF dividend
The EPF's 6.3% dividend for 2024 brings relief to many, but Dr. Paul Anthony Maria Das of Taylor’s University warns that relying solely on EPF savings is no longer a sustainable strategy for long-term financial security.
AWANI Tonight: Overseas-born kids of M'sian mums eligible for citizenship
Children under 18, born overseas to Malaysian mothers, can now apply for Malaysian citizenship following a settlement between advocacy group Family Frontiers, six Malaysian mothers, and the government.
AWANI 7:45 [10/3/2025] – Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang | Lebih seribu laporan tempoh Januari 2025 | Semak fakta | Keindahan sungai Terengganu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
📌Tak jadi papa kedana, gaji Ahli Parlimen sehingga 40 ribu ringgit - PM
📌Serangan seksual wanita, kanak-kanak meningkat ketara, sangat membimbangkan
📌Menteri Kesihatan kena semak fakta, kos pesakit ada dan tiada insurans, perbezaan tidak ketara
📌Buka puasa atas bot sambil nikmati keindahan alam jadi trend
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
📌Tak jadi papa kedana, gaji Ahli Parlimen sehingga 40 ribu ringgit - PM
📌Serangan seksual wanita, kanak-kanak meningkat ketara, sangat membimbangkan
📌Menteri Kesihatan kena semak fakta, kos pesakit ada dan tiada insurans, perbezaan tidak ketara
📌Buka puasa atas bot sambil nikmati keindahan alam jadi trend
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Fiji berminat contohi model pembangunan Malaysia - PM Anwar
Fiji menyatakan minat terhadap model pembangunan Malaysia, khususnya pendekatan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memperkasakan sektor ekonomi dan pendidikan negara.
#AWANIRingkas 10 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 10 Mac 2025
1️⃣26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
2️⃣ KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
3️⃣ Ascend Airways Malaysia mula operasi akhir tahun
#awaniringkas
1️⃣26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
2️⃣ KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
3️⃣ Ascend Airways Malaysia mula operasi akhir tahun
#awaniringkas

Hanoi larang lawatan di jalan kereta api
Jabatan Pelancongan Hanoi meminta agensi pelancongan agar tidak menganjurkan lawatan ke jalan kereta api di wad Cua Nam, Hang Bong dan Cua Dong.

Sindiket penipuan pekerjaan: 26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.

Program MADANI Rakyat Zon Timur bermula 5 hingga 7 Julai
Ia dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan kerajaan Pahang.

Program Madani Rakyat Zon Utara: Lebih 3,700 resume diterima pada Karnival Kerjaya
Karnival Kerjaya sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara menerima sambutan menggalakkan sepanjang tiga hari ia berlangsung sejak Jumaat.

Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara bermula esok, 196 perkhidmatan disediakan
Platform untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat memahami dan menilai dasar serta inisiatif baharu dilaksanakan kerajaan.