TAMPIN: McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) memperuntukkan lebih RM1.66 juta bagi membantu lebih 21,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara menerusi program ‘Kembali Ke Sekolah’ pada tahun ini.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC Malaysia, Azmir Jaafar berkata, program tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bertujuan memberi motivasi kepada pelajar dalam pendidikan sejak 2017.
“Program ini merupakan lebih dari usaha bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan. Saya percaya program ‘Kembali Ke Sekolah’ memainkan peranan penting dalam menggalakkan pelajar untuk meneruskan pendidikan mereka apabila tahun baru persekolahan bermula nanti.
“Pendidikan formal adalah kritikal kerana ia membolehkan sifat seseorang pelajar itu dibentuk dan seterusnya menjadi seorang yang dihormati,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Dalam pada itu, tambah Azmir, sumbangan yang diberikan berupa pek mengandungi beg sekolah, botol air, alat tulis dan sepasang kasut sekolah.
“Melalui program pek ‘Kembali Ke Sekolah’ ini, kami harap ia dapat menjadi motivasi untuk kanak-kanak ini berjaya dalam pendidikan mereka.
“Mereka adalah masa depan negara kita, mereka juga bakal menjadi pemimpin dan peneraju pelbagai industri,” ujarnya.
Setakat tahun ini, hampir RM9 juta telah dibelanjakan untuk pek tersebut yang diagihkan kepada lebih 95,000 kanak-kanak di seluruh negara.
Terdahulu, Azmir menyampaikan replika cek sumbangan pek ‘Kembali Ke Sekolah' 2021 bernilai RM25,000 kepada Sekolah Kebangsaan Felda Pasir Besar, Gemas di sini.
Ehsan A Marisah
Fri Dec 17 2021
Majlis penyerahan replika cek sumbangan pek Kembali Ke Sekolah' 2021 bernilai RM25,000 kepada Sekolah Kebangsaan Felda Pasir Besar, Gemas, baru-baru ini. -Foto McDonald's
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Juara Olimpik tertua dunia, Agnes Keleti meninggal dunia pada usia 103 tahun
Mendiang merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan memperoleh 10 pingat Olimpik, termasuk lima emas.
Polis sahkan terima laporan lelaki ganggu jemaah masjid TTDI
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood pada Khamis, laporan polis itu dibuat berdasarkan sebuah video tular memaparkan lelaki tersebut mengganggu serta melakukan beberapa kerosakan di masjid tersebut.
Aktiviti edar, proses dadah dalam hutan tumpas
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir Pulau Pinang susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang Rabu
Geng Atan tumpas, didakwa 10 pertuduhan di mahkamah pada Jumaat
Geng pecah rumah dan curi kenderaan yang dikenali sebagai Geng Atan berjaya ditumpaskan polis dalam Op Pintu, Lejang, bulan lalu.
KLN beri bantuan rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi
Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Rai 50 tahun kewujudan & 34 tahun di Malaysia, RMHC akan perlebar sayap ke Malaysia Timur
Sejak Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia ditubuhkan 1990, ia telah membantu mengubah nasib lebih 250,000 kanak-kanak di seluruh negara.
RMHC peruntuk RM1.5 juta bantu pelajar sekolah kurang berkemampuan
Program 'Kembali Ke Sekolah' yang memasuki penganjuran kali keenam itu bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.
McDonald's santuni lebih 170 rumah orang tua seluruh negara sempena Tahun Baharu Cina
Program itu adalah usaha menerapkan nilai-nilai positif yang dilihat selari dengan komitmen syarikat untuk menyalurkan bantuan serta sokongan kepada komuniti.
Program 'Kembali Ke Sekolah' RMHC peruntuk lebih RM1.66 juta suntik semangat pelajar
Ia merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dengan tujuan memberi motivasi kepada pelajar dalam pendidikan sejak 2017.
McDonald's komited bantu masyarakat, raikan kanak-kanak
Sempena Bulan Komuniti Kanak-Kanak, McDonald's dan RMHC memberikan sumbangan tilam dan bantal baharu kepada 25 rumah anak yatim, untuk keselesaan mereka.