SHAH ALAM: Tidak ada elemen pembocoran data rakyat dan penduduk Selangor berlaku menerusi Program Insurans Am Selangor (INSAN) kerana ia dilindungi oleh kerajaan negeri.
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor dalam kenyataan memaklumkan bahawa dakwaan wujudnya elemen pembocoran data rakyat dan penduduk negeri itu adalah tidak tepat.
"Disebabkan dakwaan tidak tepat yang disebar luas, beberapa pihak tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan laman sesawang (program INSAN) ini untuk tujuan yang berniat jahat.
"Oleh itu, laman sesawang berkenaan sedang diperkukuhkan dengan ciri keselamatan tambahan dan akan aktif dalam masa terdekat," menurut kenyataan itu hari ini.
MBI Selangor memaklumkan inisiatif kerajaan Selangor yang bermula 1 Okt 2022 bertujuan memberi perlindungan insurans am kepada enam juta rakyatnya dengan badan korporat itu dilantik sebagai agensi pelaksana, manakala Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd sebagai pengendali perkhidmatan.
INSAN adalah antara inisiatif dan komitmen kerajaan negeri untuk mengurangkan beban kewangan rakyat apabila berlakunya kemalangan atau kematian selaras dengan laporan peningkatan kemalangan jalan raya di Malaysia daripada 370,286 pada 2021 kepada 545,588 pada 2022.
"Rakyat Selangor berumur dari 30 hari hingga 80 tahun layak dilindungi di bawah INSAN. Terdapat dua jenis skim INSAN iaitu konvensional yang disediakan oleh AmGeneral Insurance Berhad dan bagi takaful pula disediakan oleh Takaful Ikhlas General Berhad.
"Sehingga Julai 2023, sejumlah 44 kes tuntutan telah diselesaikan merangkumi jumlah pemberian pampasan sebanyak RM537,000 meliputi kes kematian dan kecacatan kekal," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu disebabkan aduan kekangan untuk mendaftar khususnya warga emas, kerajaan Selangor mengambil inisiatif melaksanakan proses prapendaftaran secara automatik dengan memadankan maklumat daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya dan nombor kad pengenalan rakyat serta penduduk negeri.
"Meskipun prapendaftaran automatik ini menyediakan polisi kepada rakyat dan penduduk di negeri Selangor, setiap penerima polisi perlu menyempurnakan proses pengesahan diri serta bersetuju menerima tawaran perlindungan ini.
"Jika pengesahan tidak dibuat, tuntutan perlindungan sosial RM10,000 untuk kes kematian atau kes hilang upaya akibat kemalangan tidak akan diberikan. Tidak berlaku pembocoran data kerana data program INSAN dilindungi oleh kerajaan negeri," menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut berhubung program INSAN boleh dirujuk pada lampiran soalan lazim yang disertakan dan laman sesawang INSAN di www.programinsan.com.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor dalam kenyataan memaklumkan bahawa dakwaan wujudnya elemen pembocoran data rakyat dan penduduk negeri itu adalah tidak tepat. - Foto Sinar Harian

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Program INSAN: Tidak ada pembocoran data rakyat, penduduk Selangor
Tidak ada elemen pembocoran data rakyat dan penduduk Selangor berlaku menerusi Program Insurans Am Selangor (INSAN) kerana ia dilindungi oleh kerajaan negeri.