IPOH: Orang ramai dipelawa menyertai program 6,600 Langkah Perpaduan pada 16 Julai ini di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.
Acara yang bermula pada 6.30 pagi itu terbahagi kepada dua kategori iaitu fun run sejauh 5 kilometer (km) dan fun walk 1.5km.
Menurut laman Facebook Merdeka360, orang ramai yang ingin menyertai program berkenaan boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR atau layari www.merdeka360.my.
Pendaftaran adalah percuma.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyempurnakan majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 berkenaan pada 9 pagi.
Pelbagai acara menarik turut diadakan bermula 15 Julai antaranya Jualan Rahmah, jualan barangan runcit dan buah-buahan, pameran dan perkhidmatan agensi kerajaan, kuiz kenegaraan, persembahan nyanyian dan kebudayaan, pertandingan Bintang Patriotik serta jualan makanan berkonsep trak makanan.
Turut diadakan Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk "Legasi Merdeka" pada 9 malam, 15 Julai serta Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 yang akan bermula pada 16 Julai.
Sementara itu, selepas menyempurnakan majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023, Perdana Menteri turut dijadual melepaskan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 di lokasi sama.
Konvoi berkenaan akan menjelajah seluruh negara bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.
Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 menyasarkan penyertaan sebanyak 66 kenderaan di setiap checkpoint, signifikan dengan sambutan ke-66 tahun kemerdekaan tanah air.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023
Orang ramai dipelawa menyertai program 6,600 Langkah Perpaduan pada 16 Julai ini di Meru Raya sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023. - Facebook Merdeka360
Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF
Lebih ramai kanak-kanak kini tinggal di kawasan konflik atau terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran berbanding sebelum ini.
Pengarah hospital Gaza ditahan Israel, kata pihak berkuasa Hamas
Pihak berkuasa kesihatan yang dikawal Hamas di Semenanjung Gaza menuduh tentera Israel menahan seorang pengarah hospital.
Persiapan sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar
Beberapa laluan di sekitar Bandaraya Kuching akan ditutup sempena sambutan ambang tahun baharu 2025 akan ditutup bagi memastikan aliran trafik sentiasa terkawal sepanjang acara sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar.
Papa Rock teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
Penghibur legenda Datuk Ramli Sarip tersentuh apabila diberi peluang untuk menghiburkan peminat rock dalam edisi sulung Konsert Rock In The Jungle yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak.
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Gaza ditutup susulan serangan Israel - WHO
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Semenanjung Gaza, Hospital Kamal Adwan, telah menghentikan operasinya selepas serangan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Rumah perantaraan beri peluang banduan baiki kehidupan
Satu pejabat parol daerah atau rumah perantaraan diwujudkan di lahad datu bagi menambah kemudahan prospek untuk mengakses perkhidmatan pemulihan dan sokongan diperlukan secara langsung.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah sehingga 30 Disember 2024.
Ewon mahu terus laksana tugas, enggan layan pertikaian
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan pihak yang mempertikai pelantikannya sebagai Pengerusi PH Sabah.
Sabah komited kurangkan kada pengangguran
Inisiatif Kerajaan Sabah memperbanyakkan program pembangunan kemahiran dan latihan industri menampakkan hasil positif apabila kadar pengangguran di negeri itu pada suku ketiga 2024 mencatatkan penurunan.
SOGIP terima RM29.87 pelaburan, mula operasi 2026 dan 2027
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027.
Program 6,600 Langkah Perpaduan sempena pelancaran Bulan Kebangsaan
Orang ramai dipelawa menyertai program 6,600 Langkah Perpaduan pada 16 Julai ini di Meru Raya sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.