KUALA LUMPUR: Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) menyasarkan 100 peratus penyertaan ahlinya dalam skim caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjelang pertengahan tahun depan.
Presiden Profima Khalil Salleh berkata persatuan itu akan menjadi ejen korporat Perkeso bagi memastikan ahli Profima memberi sepenuh komitmen dalam usaha menyelesaikan isu kebajikan khususnya keselamatan anggota kru penerbitan di lokasi penggambaran.
"Profima berharap isu caruman Perkeso dalam kalangan ahli mendapat sambutan dan komitmen menyeluruh bagi menyelesaikan isu lama yang menjadi fokus kami.
"Selain isu kebajikan, kami juga akan tumpu kepada isu keselamatan di lokasi dan waktu bekerja dalam kalangan kru filem," katanya dalam satu kenyataan selepas melakukan kunjungan hormat ke ibu pejabat Perkeso di sini semalam.
Menurut Khalil, isu berkaitan caruman Perkeso merupakan satu daripada agenda perjuangan dan misi Profima.
"Kami mengutamakan penyelesaian isu kebajikan dalam kalangan ahli berdaftar yang berjumlah 23,000 orang serta 7,000 ahli aktif di lapangan yang masih belum mencapai kesedaran berkaitan faedah dan manfaat besar daripada caruman Perkeso iaitu melalui Skim Bekerja Sendiri di bawah sektor kesenian," katanya.
Khalil berkata setakat ini, hanya 20 peratus kru filem mencarum dengan Perkeso dan kebanyakannya adalah melalui majikan yang terlibat dalam penggajian tetap kepada kru di belakang tabir.
"Perkeso telah menunjukkan inisiatif membantu kru filem dengan memperuntukkan sumber tapi sehingga kini skim caruman bekerja sendiri masih belum mendapat sambutan menyeluruh dalam kalangan warga filem dan seni tanah air, meskipun inisiatif diskaun diberikan. Profima antara persatuan filem yang tampil bekerjasama selain persatuan-persatuan perfileman yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022

Profima berharap isu caruman Perkeso dalam kalangan ahli mendapat sambutan dan komitmen menyeluruh bagi menyelesaikan isu lama yang menjadi fokusnya.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Profima sasar 100 peratus ahli mencarum Perkeso menjelang pertengahan 2023
Ahli Profima akan beri sepenuh komitmen bagi menyelesaikan isu kebajikan kru penerbitan di lokasi penggambaran.

Muhammad Sajjad diberi tempoh 48 jam untuk mohon maaf atau...
Alamak kenapa sampai macam tu sekali

FDAM gesa produser jelas bayaran kru sebelum stesen TV buat bayaran
Persatuan Sutradara Malaysia mahu memperjuangkan nasib kru produksi agar bayaran terlebih dahulu dijelaskan oleh produser sebelum produksi menerima bayaran sepenuhnya daripada stesen televisyen.