GEORGE TOWN: Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Azlan Amran, dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat universiti itu, selama tiga tahun bermula 1 Feb.
USM dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu, dipersetujui Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bagi menggantikan Prof Md Roslan Hashim yang tamat tempoh pelantikannya pada 30 Nov lepas.
"Azlan, 51, yang berasal dari Ulu Langat, Selangor yang merupakan seorang siswazah Kedoktoran Perakaunan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Perakaunan dari Universiti Malaya, memulakan kerjaya sebagai pensyarah USM pada tahun 2006.
"Azlan mempunyai kepakaran luas dalam bidang Tanggungjawab Sosial Korporat (Amalan dan Pelaporan) dan juga Laporan Bersepadu dan Tadbir Urus," menurut kenyataan itu semalam.
Beliau terlibat aktif dalam pelbagai jawatankuasa peringkat antarabangsa dan kebangsaan seperti Institut Integriti Malaysia, SIRIM, Asian Academy of Management (AAM) dan The Alliance on Business Education and Scholarship for Tomorrow, a 21st century organization (ABEST21).
Kenyataan itu turut memaklumkan kepakaran yang ada pada Azlan turut membuatkan beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) International, sebuah badan akreditasi elit antarabangsa yang berpangkalan di Tampa, Florida, Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Menurut USM, Azlan mempunyai kepakaran luas dalam bidang Tanggungjawab Sosial Korporat (Amalan dan Pelaporan) dan Laporan Bersepadu dan Tadbir Urus. - Gambar fail

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Tun Ahmad Fuzi terima Ijazah Kehormat Doktor Perhubungan Antarabangsa USM
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perhubungan Antarabangsa bersempena Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-62.

Bekas Menteri Pendidikan, Musa Mohamad, meninggal dunia
Allahyarham juga merupakan Naib Canselor USM ketiga dari tahun 1982 hingga 1995.

USM promosi program lepasan ijazah jalin kerjasama pendidikan Malaysia-Lubnan
Kedutaan Malaysia di Beirut komited untuk terus meningkatkan kerjasama pendidikan antara Malaysia dan Lubnan.

USM berjaya kekalkan status swaakreditasi
Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan pengiktirafan sebagai sebuah universiti berstatus swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

Makmal komputer di Kampus Kejuruteraan USM terbakar
Sebuah bilik makmal komputer di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) terbakar dan hampir musnah dalam kejadian kebakaran hari ini.

KPT umum pelantikan semula Naib Canselor USM, UKM dan UTM
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan semula tiga Naib Canselor universiti awam iaitu USM, UKM dan UTM.

Burung pungguk jelapang hindari tikus perosak di ladang pertanian, sub bandar
Kajian yang dilakukan hampir di seluruh negara menunjukkan tahap kecekapan yang sangat tinggi dalam penggunaan burung pungguk jelapang.

PM ajak warga Pulau Pinang hadir sesi Temu Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) esok.

PTPTN peruntuk RM231,000 bagi bantuan pengajian KPT-PTPTN Prihatin kepada pelajar USM
PTPTN telah memperuntukkan sebanyak RM231,000 kepada 462 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban kewangan pelajar berkenaan.

Burung Pungguk Jelapang bantu pekebun sawit kawal tikus
USM bersama BORG menjalankan program inisiatif Burung Pungguk Jelapang bagi membantu pekebun mengawal tikus di ladang mereka.