KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) malam ini melancarkan 33 manifesto gabungan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) kali ini.
Dengan tekad memajukan Sarawak Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan terus melaksanakan lebih banyak inisiatif bagi meningkatkan kemajuan, kemakmuran, kesejahteraan dan kegemilangan demi rakyat negeri ini.
Menurutnya, 33 manifesto GPS itu adalah sangat komprehensif yang akan memperjuangkan hak Sarawak, menjamin hak rakyat, menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan masa depan Sarawak.
"GPS telah menyediakan landasan yang kukuh untuk membangunkan Sarawak ke arah Sarawak Maju Berpendapatan Tinggi menjelang 2030.
"Pelbagai inisiatif telah dirancang dan sedang dilaksanakan untuk menjadikan Sarawak maju dan rakyatnya menikmati kemakmuran ekonomi serta pembangunan sosial yang inklusif dalam suasana alam sekitar yang mampan yang dipacu oleh data dan inovasi.
"Keupayaan GPS melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kepentingan rakyat jelas membuktikan bahawa kita mempunyai jentera pentadbiran yang mantap dan berhemah serta sistem tadbir urus kewangan yang baik, telus dan beramanah," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Manifesto GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam Rabu.
Tegas Ketua Menteri Sarawak itu, pembangkang hanya mampu mengkritik GPS tanpa mempunyai sebarang rekod pencapaian membangunkan Sarawak
Sebaliknya kata Abang Johari, GPS merupakan gabungan yang membela Sarawak dengan meneruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dibatalkan menggunakan peruntukan Kerajaan GPS Sarawak.
Dalam pada itu, beliau berkata, GPS akan terus komited untuk memastikan dasar-dasar yang kita laksanakan dapat memberi manfaat kepada rakyat.
"Masa hadapan Sarawak terletak di tangan orang Sarawak. Kita membangunkan Sarawak dengan acuan sendiri dan hanya kita yang dapat memastikan kemakmuran dinikmati oleh orang Sarawak.
"Sebagai rakyat Sarawak, adalah menjadi kewajipan kita untuk memilih kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran pada masa kini dan akan datang. Ini adalah untuk memastikan kesinambungan pembangunan dan kesejahteraan Sarawak yang kita sayangi.
"Janganlah kita menggadaikan masa depan kita dengan memilih parti yang gagal memenuhi kehendak rakyat Sarawak dan tidak mampu menunaikan janji-janji yang dibuat, malah menipu rakyat Sarawak. Apatah lagi memilih parti yang bersekongkol dengan mereka yang pernah gagal memimpin negara," katanya.
Menurut Abang Johari, kepimpinan GPS yang berpengalaman, berwibawa, mempunyai integriti yang tinggi dan rekod pencapaian yang cemerlang akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak.
Sehubungan itu katanya, GPS memerlukan sokongan padu rakyat Sarawak dengan mengundi gabungan itu bagi memastikan negeri ini kekal stabil, makmur dan gemilang menjelang Sarawak Maju 2030.
Afiezul Samit
Wed Dec 08 2021
Abang Johari (tengah) 33 manifesto GPS itu adalah sangat komprehensif yang akan memperjuangkan hak Sarawak, menjamin hak rakyat, menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan masa depan Sarawak.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRN Sarawak: 34 Manifesto GPS perjuang hak Sarawak. Ini yang perlu anda tahu
Sebanyak 34 Manifesto GPS adalah sangat komprehensif, demikian kata Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
PRN Sarawak: Terus sokong GPS, 34 manifesto demi rakyat dan negeri - Abang Jo
Gabungan Parti Sarawak (GPS) malam ini melancarkan 33 manifesto gabungan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) kali ini.