Lima bulan tidak dapat menjalankan perniagaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan satu tempoh yang singkat bagi peniaga kecil.
Jika tidak kuat, pasti ada dalam yang tersungkur di pertengahan jalan.
Peniaga sayur Serbiah Hassan, 39, berkata dia terpaksa berjimat dan menyara kehidupan dengan wang simpanan selama tempoh tersebut.
“Perniagaan (kecil) seperti kami ini sentiasa keluar modal. Jadi, simpanan yang ada sikit-sikit kami guna untuk sara kehidupan harian.
“Dengan adanya kemudahan (bantuan) dari segi wang dan pinjaman, ia memang sangat membantu kami yang berniaga kecil-kecilan ini.
"Biar pun RM5,000, ia membantu,” katanya ketika ditemui di sini, pada Rabu.
Jelas ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia bersyukur kerana bantuan Skim Pemulihan Perniagaan Tekun (TBRS) membantunya memulakan semula perniagaan.
Keadaan sama turut menimpa tukang jahit Jauiah Kamman, 42, yang hilang punca pendapatan selepas tidak menerima tempahan baju dalam tempoh tersebut.
Sependapat dengan Serbiah, Jauiah berkata bantuan Tekun dapat memperkasakan semula usahawan wanita yang terjejas akibat PKP.
“Alhamdulillah, (perniagaan) naik balik. Kalau ikutkan tengok lebih tinggi (sambutan) berbanding PKP tu.
"Kawan-kawan pun ramai datang... dari jauh datang sini menjahit (tempah baju).
“(Dengan bantuan Tekun), saya dapat beli mesin butang dan benang-benang untuk menjahit,” katanya.
Skim Pemulihan Perniagaan Tekun (TBRS) adalah pembiayaan mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang terjejas akibat COVID-19.
Setakat ini, seramai 34,929 usahawan mikro di seluruh negara menerima manfaat daripada skim tersebut.
Hasimi Muhamad
Thu Sep 24 2020

Serbiah (kiri) dan Jauiah (kanan) antara peniaga kecil yang terjejas teruk susulan pelaksanaan PKP - Gambar Astro AWANI
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).
RUU Tahanan Rumah sedang diperhalusi
Kementerian Dalam Negeri sedang memperhalusi draf rang undang-undang (RUU) Tahanan Rumah yang memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menahan atau mengeluarkan perintah tahanan rumah sebagai alternatif kepada pemenjaraan.
10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.
Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura
Enam jenis ubat-ubatan termasuk dari Jepun dirampas polis dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.

PRN Sabah: Skim Pemulihan Perniagaan Tekun bantu peniaga kecil terjejas akibat PKP
Jika tidak kuat, pasti ada dalam kalangan peniaga kecil akan tersungkur di pertengahan jalan akibat terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.