Menjana pendapatan berpuluh-puluh ribu ringgit menjadi impian hampir seluruh rakyat di negara ini.
Penjanaan pendapatan sebanyak itu kini mampu diraih melalui penanaman sayur-sayuran.
Ini telah dibuktikan sendiri seorang anak muda di Kundasang yang memutuskan untuk tidak meneruskan pekerjaan di sektor awam dan memilih mengusahakan tanaman agroponik.
Bagi Azizul Julirin, 32 yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Akuakuktur dari Universiti Malaysia Sabah UMS, dia memutuskan untuk berhenti kerja lima tahun lalu kerana melihat peluang pendapatan yang terbuka luas itu.
Penubuhan Kundasang Aquafarm pada 2015, pasca gempa bumi Ranau merupakan bukti usaha yang
dilakukan dengan bersungguh-sungguh mampu membuahkan hasil.
Bercerita mengenai projek tanaman agroponik itu, jelas Azizul, masih lagi terbayang di fikirannya pada 5 Jun 2015, bagaimana permulaan kehidupannya sebagai petani moden.
"Pada waktu itu para petani mencari-cari alternatif pertanian yang lain yang mampu dilaksanakan walaupun ketika bencana ataupun ketika berlaku kemarau panjang.
“Maka saya telah mencetuskan kaedah agroponik sebagai satu kaedah alternatif penanaman sayur secara komersial pada waktu itu," katanya yang ditemui baru-baru ini.
Pemilik Kundasang Aquafarm PLT ini berkata, jika tiada semangat dan dokongan yang betul, menceburkan dalam bidang itu mungkin akan menjadi satu keputusan yang salah namun semua itu bukan lagi alasan yang patut diberikan golongan belia khususnya di negeri Sabah.
"Kaedah ini tidak memerlukan kita pegang cangkul, menyiram dan membaja bahkan dia boleh meningkatkan produktiviti lebih dari tiga kali ganda berbanding dengan penanaman secara tradisional.
"Kita mampu menjual dengan harga mahal di pasaran bahkan di pasaran tidak cukup untuk kita penuhi pada setiap waktu, jadi kaedah moden seperti ini walaupun ia sedikit mahal tapi kos operasinya kelak adalah suatu yang sangat murah dan sangat mudah dijalankan bahkan tidak perlu pun beradaa sepanjang waktu di kebun tetapi kebun tetap mampu menghasilkan tanaman," jelasnya lagi.
Tambah Azizul, dengan melibatkan diri dalam projek ini, maka tiada lagi alasan bagi golongan belia khususnya yang bergelar pengganggur untuk berjinak-jinak dengan dunia pertanian.
"Kaedah pertanian moden sebenarnya waktu ini semakin diperkenalkan kepada orang muda dan tanah bukanlah lagi jadi isu utama.
"Maksudnya keluasan itu bukan satu faktor utama untuk kita mendapatkan produktiviti yang tinggi, sekurang-kurangnya kita mempunyai kawasan agak lapang dan bahkan kita boleh buat indoor sekali pun atas bangunan atau rooftop garden,” terang Azizul.
Apa yang membuatkan Azizul yakin dengan potensi projek pertanian ini ialah dengan adanya bantuan yang disalurkan oleh kerajaan bagi meringankan beban pengusaha muda sepertinya.
Katanya, pelbagai bentuk bantuan dana diberikan oleh kerajaan dan pihak swasta dan sangat merugikan jika tiada yang memanfaatkannya.
"Pihak kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan ada menawarkan bantuan berupa latihan, geran padanan dan pinjaman pembiayaan yang boleh direbut oleh orang muda, mentor juga sudah tersedia.
“Bantuan-bantuan kerajaan juga sudah ada tinggal saja lagi mahu atau tidak mahu untuk kita mengambil peluang tersebut dan mengolah ia menjadi satu perusahaan yang mampu menjamin pendapatan,” ujar Azizul yang amat gembira sekiranya ramai anak muda lain mengikut jejak langkah sepertinya.
Berkongsi pendapat, Azizul berkata, pendapatan seperti seorang Ketua Pegawai Eksekutif bukanlah lagi jadi igauan semata-mata kerana pendapatan melalui penanaman sayuran secara agroponik mampu memberikan pulangan berpuluh-puluh ribu ringgit.
"Kita tidak perlu tunggu sampai hujung bulan untuk kita dapat wang tunai. Selepas 25 hari sudah boleh tuai dan sehari kita boleh jual 100 hingga 150 kilogram sayur. Sekilo harga pasaran bagi kubis bunga sekarang adalah RM15,” katanya berkongsi hasil yang diraihnya.
Sepanjang melibatkan diri dalam bidang pertanian moden, sudah pelbagai kejayaan dicapai Azizul antaranya dinobatkan sebagai Agroprenuer Muda Negeri Sabah, Ikon Usahawan dan Ikon Alumni UMS dan Tokoh Usahawan sempenan Pesta Keamatan.
Jelasnya, semua pengiktirafan itu bukanlah untuk simpanan peribadinya sebaliknya, perlu dilihat dari sudut positif golongan muda kerana bidang pertanian moden amat sesuai bagi golongan tersebut.
"Belia sebelum ini tidak begitu minat dengan bidang pertanian kerana bidang ini dilihat sebagai satu bidang yang tidak menjamin masa depan dan tidak cool untuk orang muda.
"Belajar tinggi-tinggi balik ke kampung dan pegang cangkul tapi naratif itu sudah semakin lama semakin berubah di mana beberapa inisitif dari pihak kerajaan sendiri oleh badan bukan kerajaan dan pemain industri sendiri mula tampil memberikan pendedahan latihan dan keedaran kepada orang muda bahawasanya pertanian juga mampu memberi pulangan pendapatan yang baik.
"Dengan hanya kita menyuntik sedikit elemen inovasi dan kreativiti dalam kaedah penanaman atau pertanian itu sendiri bahkan nama petani muda pun kita rebrand menjadi young entreprenuer jadi ia menjadi suatu yang cool dan trendy," katanya lagi.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Sep 19 2020
Kaedah tanaman agroponik sebagai satu kaedah alternatif penanaman sayur membuahkan hasil buat Azizul Julirin. - Gambar Astro AWANI
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PRU15: Petani Ke Parlimen - Misi besar digalas petani moden, Azizul Julirin di Ranau
Lima teras utama, meliputi 32 strategi ditawarkan dalam manifesto bagi penduduk di Ranau.
PRN Sabah: Jadikan pertanian satu perniagaan
Projek tanaman agroponik ubah kehidupan Azizul Julirin sebagai petani moden.
Normal Baharu: Pantas adaptasi sosial media bantu industri pertanian
Azizul Julirin, dia tidak mahu menjadikan pandemik COVID-19 dan PKP alasan untuk menutup perniagaan Eko-pelancongan menerusi Kundasang Aqua Farm.