Biro Penerangan Pusat Parti Gerakan dalam kenyataan memaklumkan bagaimanapun keputusan muktamad tertakluk kepada mesyuarat Perikatan Nasional (PN).
"Gerakan Sabah akan mengetuai PRN itu namun bahagian lain di Semenanjung diwajibkan menyokong Gerakan negeri itu," menurut kenyataan susulan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan hari ini.
Kenyataan itu juga menyebut parti berkenaan telah melaksanakan langkah penstrukturan semula bagi menambah baik keberkesanan organisasi termasuk pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah (Kulim) Wong Chia Zhen sebagai setiausaha agung.
-- BERNAMA
