YAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang menjadi menjadi mercu tanda untuk menyelamatkan negara.
Dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan Barisan Nasional-Pakatan Harapan Negeri Kedah pada Sabtu, Anwar sekali lagi berjanji bahawa Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan bekerja keras, menyokong satu sama lain demi misi khidmat untuk rakyat.
"Saya yakin kalau PH dan BN buat kerja dengan betul, dari atas sampai bawah, fikir masa depan dan negara, hindar daripada sentimen lama, hindar daripada mendengar propaganda karut mereka dan tahu tak ada pilihan bagi negara, kita pilih satu dasar sederhana yang boleh angkat ekonomi, jaga semua rakyat, atau kita pilih parti yang bawa kerosakan, pecah-belah masyarakat dan negara?
"Ini bukan pilihan, ini satu imperatif yang harus diambil. Saya yakin, saya beritahu Datuk Seri (Ahmad) Zahid (Hamidi), gerakkan orang PH, calon PH calon dia, calon BN calon dia. Orang UMNO, calon PH calon dia, calon BN calon dia.
"Kalau ada pandangan begitu, kita akan menang bergaya di negeri Kedah," katanya.
Tambah Anwar, sebagai sebuah negara dengan pelbagai kaum dan agama, Malaysia tidak mampu untuk mempunyai pemimpin yang menanam rasa perpecahan yang terus memainkan isu sensitif, sedangkan pada hakikatnya hanya mahu menjaga kepentingan diri sendiri.
"Mereka yang keluar UMNO dan Keadilan macam gila talak. Tapi ingat, orang khianat, kalau dia berbeza pendapat atau prinsip, prinsip apa? Sebab kita lawan rasuah? Tatakelola? Oh, sebab DAP.
"Dulu Pas dengan DAP berapa lama? Saya jarang peluk (Tan Sri) Lim Kit Siang, Ustaz (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) peluk. Jadi apa prinsipnya?" tanyanya.
Beliau juga menegur permainan strategi Kerajaan Perpaduan yang dilihat terlalu defensif dalam memperjelaskan prinsip dan kedudukan mereka.
"Kita mahu selamatkan negara ini, jamin perpaduan dan keadilan, angkat martabat orang Melayu, jamin kedudukan bangsa lain. Kita tidak akan minta maaf.
"Ini negara untuk semua, keadilan untuk semua, biarlah mereka nak kata apa tetapi ini prinsip kita," katanya lagi.
Madiha Abdullah
Sat Jul 15 2023
Anwar mahu PRN yang akan datang menjadi menjadi mercu tanda untuk menyelamatkan negara. - Foto Bernama
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.
Kerajaan tidak gunakan dana syarikat swasta untuk penerbangan rasmi - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan pihaknya tidak sama sekali menggunakan dana syarikat swasta untuk membiayai kos penerbangan lawatan rasmi ke empat negara.
Hubungan diplomatik Malaysia-Korea dinaik taraf kepada kerjasama strategik
Malaysia dan Republik Korea memuktamadkan naik taraf hubungan diplomatik kedua-dua negara daripada hubungan dua hala kepada kerjasama strategik.
Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Presiden Yongsan untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin.
Anwar, Yoon adakan mesyuarat dua hala mengenai hubungan Malaysia dan Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin, diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala bermula 11.10 pagi, dijangka berlangsung kira-kira sejam.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan tempatan perlu lonjakan strategik
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan terbesar dalam sejarah menarik perhatian banyak pihak.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.