BEMBAN: Penduduk di Melaka yang sering kali terjejas dengan bencana banjir merayu pihak berkaitan untuk tidak hanya memandang jalan penyelesaian bagi tempoh jangka masa panjang.
Selain mahu bencana yang sudah dianggap sebagai ‘acara tahunan’ di negeri itu diselesaikan segera, mereka juga mahukan barisan wakil rakyat yang bakal mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan negeri selepas ini, untuk lebih kreatif dan menubuhkan jawatankuasa khas bagi membantu penduduk berdepan pasca banjir.
Bagi Abas Md Jeni, 64, pemastautin Kampung Lubuk Kasau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban berkata, melihat kepada bencana yang seperti tidak berkesudahan itu, mangsa sudah mula culas untuk berharap supaya bencana banjir terus lenyap dari negeri itu.
Katanya, bukan mahu menolak hukum alam, tetapi pihak berkaitan perlu lebih kreatif dalam membantu mangsa-mangsa banjir dan bukan sekadar menghantar bantuan makanan mahupun wang ringgit.
Tegasnya, penduduk sebuah jawatankuasa mahupun badan sukarelawan ditubuhkan bagi membantu penduduk menghadapi pasca banjir rentetan sudah tidak larat untuk mengemas rumah setiap kali berdepan bencana banjir.
"Setiap pemimpin yang dicalonkan yang menang di kawasan ini mesti bertanggungjawab dalam mengatasi masalah pendiuduk terutamanya di kawasan Lubuk Kasau dan tempat lain, saya harapkan wakil rakyat yang menang itu lebih peka mengatasi masalah banjir di sini supaya rakyat di sini," kata Abas.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN MELAKA DI SINI
"Musim tengkujuh ini kami perlu berkemas rumah, satu minggu tidak tentu siap kemas rumah ... itu baru kira berkemas belum kira barangan rumah.
Bagi Md Zaam Md Jan, 72 berkata, sejak hampir 45 tahun lalu dia tidak dapat tidur lena apabila tiba musim hujan lebat.
Bagaimanapun katanya, kejadian banjir semakin memburuk sejak tempoh dua tahun ini sehinggakan baru-baru ini, rumahnya dimasuki air setinggi kira-kira 1.5 meter .
Katanya, sejak dahulu pelbagai pihak terutamanya wakil rakyat hanya ‘menabur janji’ untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan menambah baik insfrastruktur longkang serta sungai sehinggakan penduduk sudah jemu dengan janji-janji berkenaan.
“Memanglah kalau ikut kena datang bantu, tapi siapa yang hendak membantu? Rumah kita, kita juga kena buat rumah kita tiada siapa yang datang. Dia datang duduk atas jambatan, sekadar tangkap gambar? Itu sahaja, sudah bertahun-tahun, datang menolong belum pernah lagi," kata penduduk Md Zaam Md Jan.
“Saya berani cakap tiada siapa datang ke rumah saya untuk membantu, sekadar duduk atas jambatan, baik siapa setakat tangkap gambar macam pesta pula dia," katanya.
Menurut seorang lagi penduduk, Abu Kasim Endon, kerajaan seharusnya peka kepada proses membaikpulih bukan sahaja kediaman, malah infastruktur di penempatan mereka.
“Saya berharap agar apabila jambatan pecah, baikilah cepat. Seperti apa yang berlaku kepada keluarga saya, rumah saya pun masih belum selesai – pagar roboh, masih berlecak dan banyak lagi… nilai untuk membaik pulih lebih kurang RM10,000.
Melaka, yang mempunyai 28 kawasan DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.
Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 18,573 pengundi terdiri daripada 48.43 peratus lelaki dan selebihnya wanita layak mengundi di DUN Bemban pada Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November ini.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Nov 11 2021

Menurut penduduk Abas Md Jeni, bukan mahu menolak hukum alam, tetapi pihak berkaitan perlu lebih kreatif dalam membantu mangsa-mangsa banjir dan bukan sekadar menghantar bantuan makanan mahupun wang ringgit. - Foto Astro AWANI

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.
ASEAN 2025 | 10 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Pegawai keselamatan rugi lebih RM300,000 ditipu phone scam
Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket 'phone scam'.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.