SEMENYIH: Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum di negara ini sebaliknya semua inisiatif dan dasar yang diperkenal adalah bersifat inklusif, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menempelak dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan bersikap berat sebelah, Anwar berkata, bantuan serta inisiatif Kerajaan Perpaduan akan dinikmati segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa.
Beliau berkata meskipun wang kerajaan tidak banyak namun dengan tatakelola yang telus tanpa melibatkan kepentingan peribadi, ia dapat digunakan bagi membantu rakyat.
"Wang ada tetapi tak banyak... tetapi sebab kita tak sakau dan tak gunakan untuk kepentingan peribadi...masih ada rahmat dan berkat Allah SWT untuk kita guna bantu rakyat.
"Saya tegaskan sama ada anda suka atau tidak, anda sokong atau sebaliknya (Kerajaan Perpaduan) kami tidak akan mengubah pendirian untuk membantu setiap rakyat di negara ini," katanya ketika berucap pada ceramah Jelajah Perpaduan sempena PRN Selangor di Semenyih, Kajang, malam tadi.
Perdana Menteri berkata, antara inisiatif menyeluruh untuk semua kaum di negara ini ialah usaha kerajaan dalam menoktahkan masalah golongan miskin tegar.
Beliau berkata, bagaimanapun, ketika Kerajaan Perpaduan bersungguh-sungguh berusaha membantu rakyat terutama golongan miskin tegar, terdapat Ahli Parlimen Pas yang memperlekeh usaha itu.
"Ahli Parlimen Pas dakwa kita mana ada kerajaan boleh selesaikan masalah kemiskinan... mereka lupa dengan contoh pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz dalam dua tahun tiga bulan selesai miskin tegar.
"Saya amat keras dengan isu itu, sebab itu saya cakap tahun ini semua jentera kerajaan, menteri dan agensi mesti gerak kerja untuk henti dan noktahkan miskin tegar dalam negara ini," katanya.
Anwar turut memberi jaminan Kerajaan Perpaduan akan memastikan bantuan kepada rakyat sentiasa bersifat inklusif dan tidak mengkhianati mana-mana kaum di negara ini.
- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berucap ketika hadir pada ceramah Jelajah Perpaduan sempena PRN Selangor di Semenyih, Kajang, pada Selasa. - Foto BERNAMA

Petronas catat keuntungan bersih RM55.1 bilion
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
AWANI Ringkas: Logo Halal: KPDN bincang Jakim keperluan naikkan hukuman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua lapisan kawalan elak BPT bersubsidi 'ghaib' di pasaran
Kerajaan memberi jaminan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi yang mula dijual 1 Mac ini, tidak akan 'ghaib' di pasaran.

Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.
PM jamin percepat PLSB Sungai Golok, jimat kos RM1.7 bilion
Kerajaan memberi jaminan proses pengambilan tanah bagi pembangunan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan - Fahmi
Dari tahun 2022 sehingga 15 Februari 2025, sebanyak 1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurut Akta 588.
KPDN, JAKIM pertimbang keperluan naikkan hukuman
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sedang berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi melihat keperluan untuk meningkatkan hukuman kesalahan berkaitan penyalahgunaan logo halal.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.
Kepincangan, penyakit sosial berlaku kerana manusia sudah hilang adab
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pelbagai kepincangan masyarakat dan penyakit sosial yang sedang melanda dunia hari ini adalah bukti bahawa sekadar memiliki sistem perundangan tidak membawa sebarang makna.
Sultan Nazrin tegur pihak salah guna masjid, surau sebar fitnah, dakyah politik
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan teguran terhadap pihak yang menyalahgunakan masjid dan surau bagi menyebarkan dakyah berbaur fitnah serta kepentingan politik kepartian.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.