KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan tiada kesesakan lalu lintas dilapor pagi ini menjelang hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, esok.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas terkawal dan tiada tanda-tanda peningkatan jumlah kenderaan.
"Setakat ini, aliran trafik lancar bermula Plaza Tol Jalan Duta menghala ke utara, tiada sebarang masalah. Dari Sungai Besi ke selatan (Negeri Sembilan) pun masih lancar dan tiada sebarang peningkatan jumlah kenderaan dilaporkan sempena PRN esok.
"Bagi yang menghala ke arah Pantai Timur, di Plaza Tol Gombak masih lancar dan tidak sesak, begitu juga di Plaza Tol Bentong.
"Aliran trafik Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menuju Kuantan juga lancar setakat ini," katanya kepada Bernama, hari ini.
Beliau berkata terdapat kesesakan berlaku di Lebuhraya KL-Karak menghala ke arah ibu negara, namun ia disebabkan kemalangan.
Menerusi akaun rasmi Twitter PLUS Trafik, aliran trafik juga bergerak lancar, namun perlahan disebabkan oleh kenderaan rosak dan kemalangan di Jambatan Pulau Pinang Kilometer (KM) 4 arah Timur dari bahagian pulau ke Perai.
"Lorong kiri di jambatan berkenaan terhalang dan trafik perlahan.
"Treler rosak pula di KM231 arah selatan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar. Keadaan itu menyebabkan lorong kiri terhalang namun trafik terkawal," menurut laman rasmi Twitter PLUS Trafik, hari ini.
Menurut PLUS Trafik, kemalangan turut berlaku di KM 266.2 arah selatan dari Bandar Ainsdale ke Seremban melibatkan dua kenderaan berat hingga menyebabkan lorong kiri dan tengah terhalang dan trafik perlahan pada 6.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, aliran trafik di kawasan tersebut lancar apabila kerja-kerja pembersihan dilakukan segera.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati situasi semasa aliran trafik di Plaza Tol Gombak menuju Pantai Timur lancar dan terkawal menjelang hari mengundi esok sempena PRN di Kelantan dan Terengganu.
Tinjauan kira-kira sejam di plaza tol tersebut tidak menunjukkan peningkatan jumlah kenderaan dan aliran trafik bergerak seperti biasa tanpa sebarang kesesakan.
Susulan itu, tinjauan Bernama di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara) dan Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) mendapati aliran trafik kelihatan lancar pagi ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023

Aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas terkawal. -Gambar fail/Bernama

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Aliran trafik perlahan, terkawal di lebuh raya utama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama walaupun jumlah kenderaan meningkat
Trafik di semua lebuh raya bertol melibatkan Lebuhraya Utara Selatan, PLUS E1 dan E2 di Utara, Tengah dan Selatan bergerak lancar dan terkawal.

Trafik Tahun Baharu Cina dijangka cecah 2.6 juta sehari
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Jan, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Feb.

Sesak lebih lima kilometer dari Ipoh ke Terowong Menora akibat kemalangan
Menurut PLUS, aliran trafik terhenti sepanjang 6.5 km akibat kerja-kerja pengalihan yang dijalankan setakat 7.20 malam.

Polis Terengganu rampas syabu RM6 juta dalam Toyota Vellfire
Polis merampas 200 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM6 juta yang dijumpai dalam kenderaan Toyota Vellfire di tepi jalan di Kampung Guntong Luar di sini Sabtu lepas.

Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.

Deepavali: Aliran trafik terkawal, kenderaan bertambah di lebuh raya utama pagi ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan terkawal walaupun jumlah kenderaan bertambah setakat 9 pagi ini, menjelang sambutan Deepavali esok.

Hari Kebangsaan: Pengunjung diminta patuh peraturan, jaga disiplin
Orang ramai yang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya Sabtu ini diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan menjaga tingkah laku sepanjang majlis berlangsung.

Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.