Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan sebagai contoh terbaik PRK yang diadakan sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai pengerusi badan berkecuali itu.
Beliau berkata perkara itu dilihat berdasarkan kelancaran proses PRK itu berlangsung, selain aspek ketenteraman awam dan disiplin tinggi yang ditunjukkan para penyokong parti politik, calon bertanding serta pengundi.
"Mereka amat berdisiplin, menghormati undang-undang dan peraturan Pilihan Raya, saya rasa ini contoh pilihan raya yang amat baik," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman keputusan bagi PRK Sandakan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua di sini, malam tadi.
Mengulas mengenai penyusutan peratus pengundi keluar mengundi, Azhar Azizan berkata itu merupakan perkara biasa.
"Peratusan yang keluar mengundi hari ini, 54.4 peratus bersamaan 21,595 pengundi, selalunya memang (pengundi) akan berkurangan daripada Pilihan Raya Umum," katanya yang menjangka faktor pengurangan berkemungkinan disebabkan ramai pengundi bekerja di luar kawasan sekali gus tidak dapat balik.
Sebelum itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Hamsan Awang Supain mengumumkan calon DAP Vivian Wong Shir Yee menang dengan majoriti 11,521 undi.
Wong memperoleh 16,012 undi berbanding pencabar terdekat iaitu Datuk Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah yang meraih 4,491 undi.
Kemenangan Wong itu turut melebihi majoriti bapanya mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt, penyandang kerusi parlimen itu, yang mendapat majoriti 10,098 pada PRU ke-14.
Pada 28 Mac lepas, Stephen meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu. -- Bernama
Bernama
Sat May 11 2019

Azhar (dua, kiri) dan Timbalan Pengarah SPR Dr Azmi Sharom (kiri) memantau proses mengundi bagi PRK Sandakan di Pusat Mengundi SK Tanjung Papat 1 dan 2 di Sandakan, 11 Mei, 2019. - BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.

Johari Abdul dari kerusi Parlimen ke Speaker
Johari bukan sahaja berpengalaman dalam bidang politik tetapi juga mahir dalam selok-belok pentadbiran kerajaan.

Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat
Wan Junaidi menafikan dirinya akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Azhar sah kosongkan kerusi Speaker
Setiausaha Dewan Rakyat akan terlebih dahulu memanggil Ahli Parlimen untuk bersidang sebelum proses pemilihan Speaker baharu dibuat.

PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri - Azhar
Dokumen tersebut perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya esok (21 November) sebelum pukul 2 petang.

Saya pernah dipanggil 'barua', tapi saya tak ambil secara peribadi - Azhar Harun
Pengalaman tiga dekad sebagai peguam memudahkan beliau menggalas tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Azhar tidak hasrat tanding PRU15
Penyandang Speaker Dewan Rakyat menegaskan, tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik.

Persidangan Dewan Rakyat batal selaras pembubaran parlimen - Azhar Azizan
Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang sebelum ini dijadual bersidang selama 32 hari, dibatalkan selaras dengan pembubaran Parlimen.

Speaker Parlimen Turkiye lakukan kunjungan hormat ke Parlimen
Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan
Media perlu lebih memahami peraturan dan perjalanan persidangan Parlimen bagi membolehkan laporan dibuat secara lebih menyeluruh sekali gus menyampaikan mesej yang tepat kepada masyarakat.