Kesemua 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ditutup tepat pukul 5.30 petang ini sejak ia dibuka pada 8.00 pagi tadi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan pengundi keluar mengundi setakat pukul 4.00 petang ialah 74 peratus.
Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 53 saluran akan dibawa pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan, di sini untuk pengiraan undi dan keputusan dijangka diumumkan pada pukul 10 malam.
PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), pakar bius Dr S. Streram, 60, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan, 63, dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi, 51, serta bekas pensyarah Mohd Nor Yassin, 67.
Dr Streram mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Rantau manakala Mohamad dan Malarvizhi berbuat demikian di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua, pagi tadi.
Manakala Mohd Nor bukan pengundi kawasan DUN berkenaan.
DUN Rantau dengan keluasan 15,960.74 hektar, mempunyai 20,926 orang pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, empat orang pengundi tidak hadir luar negara dan selebih 118 pengundi awal.
Daripada jumlah itu, 55.51 peratus atau 11,615 adalah pengundi Melayu, Cina (18.46 peratus atau 3,863), India (26 peratus atau 5,441) dan lain-lain (0.03 peratus atau tujuh orang).
PRK DUN Rantau adalah PRK ketujuh diadakan selepas PRU14 pada 9 Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 Sept), Parlimen Port Dickson (13 Okt), Parlimen Cameron Highlands (26 Jan) serta DUN Semenyih (2 Mac).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2019

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan pengundi keluar mengundi setakat pukul 4.00 petang ialah 74 peratus. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua individu periksa MPV polis, ditahan
Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata kedua-dua mereka ditahan kira-kira 12 tengah hari tadi di lokasi berasingan.

Isyarat jelas rakyat tidak puas hati pentadbiran PH - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa berkata, ia menjadikan rakyat memilih BN sebagai tempat untuk mencurahkan rasa kecewa dan hilang kepercayaan kepada PH.

Kemenangan Rantau bukti ramai silap pilih pada PRU lalu - Najib
Bekas Perdana Menteri itu berima kasih pada rakyat, pengundi, jentera BN, komponen parti dan Friends of BN, dan Pas.

Kemenangan BN dibantu undi majoriti orang muda
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, orang muda amat sensitif dengan keadaan sekitar terutamanya apa yang berlaku kepada tanah air.

'Tanya dia... Saya bukan calon' - Anwar Ibrahim
Mohamad pada Khamis mendakwa, ada cakap-cakap orang bahawa beliau akan menang besar pada PRK Rantau.

Keputusan PRK DUN Rantau diketahui sebelum jam 10 malam esok
Tempoh pengumuman itu mungkin sedikit awal seperti PRK yang pernah dijalankan sebelum ini.

Nak jadi PM, Tok Mat perlu jelaskan isu pemindahan RM10 juta - Rafizi
Menurut Rafizi Ramli, ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan Timbalan Presiden UMNO itu disiasat dan mungkin risiko melanggar undang-undang.

Pakatan Harapan perlukan 'formula ajaib' di Rantau
Situasi boleh berubah berdasarkan sentimen semasa atau isu yang dicetuskan dua tiga hari sebelum hari mengundi.

PRK Rantau: Semak maklumat pengundian sebelum mengundi - SPR
Pengundi boleh membuat semakan melalui saluran-saluran antaranya melayari portal SPR di www.spr.gov.my.

Rantau, Statut Rom, Felda... Apa lagi yang dibincang Mahathir dan Anwar?
Pertemuan selama 40 minit itu untuk memaklumkan Tun Dr Mahathir mengenai perkembangan kempen Pakatan Harapan (PH) di Rantau.