Polis menahan dua daripada lima individu yang disyaki memeriksa kereta peronda polis (MPV) di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata kedua-dua mereka ditahan kira-kira 12 tengah hari tadi di lokasi berasingan.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan berhubung tindakan menghalang tugas penjawat awam pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, petang Sabtu.
"Individu pertama yang bekerja sebagai jurujual kenderaan berusia 52 tahun ditahan di sebuah rumah di Seremban manakala seorang lagi yang bekerja sebagai pemandu lori berusia 36 tahun, ditahan di Rantau.
Polis juga kini sedang giat memburu tiga lagi suspek yang masih bebas. ," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Pada Sabtu, dalam kejadian kira-kira 6 petang di hadapan SJKC Chung Hua, lima lelaki bertindak memeriksa kereta MPV kerana mendakwa anggota polis membawa lebihan kertas undi dan sebaik bonet MPV dibuka hanya peti ubat dan kon keselamatan ditemukan.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini berkata PKR memandang serius beberapa dakwaan salah laku atau pelanggaran undang-undang sewaktu PRK DUN Rantau, termasuk dakwaan penggeledahan kereta polis dan pergaduhan di luar Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH).
Katanya perkara-perkara berkenaan akan dibawa ke perhatian Lembaga Disiplin parti untuk siasatan segera.
"Sekiranya didapati sebarang tindakan telah dilakukan oleh mana-mana anggota KEADILAN (PKR) yang melanggar tata etika dan disiplin parti, maka tindakan tegas akan diambil terhadap anggota tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2019
Pada Sabtu, dalam kejadian kira-kira 6 petang di hadapan SJKC Chung Hua, lima lelaki bertindak memeriksa kereta MPV kerana mendakwa anggota polis membawa lebihan kertas undi. - Imej dari video tular di media sosial
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
PRN: Datang awal mengundi sebab nak jadi contoh untuk anak, orang muda
Pengundi di DUN Rantau pilih datang awal bagi melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat.
PRN: Tok Mat selesai mengundi di Rantau
Calon DUN Rantau itu menasihatkan pengundi untuk turun awal kerana cuaca sekarang tidak menentu dengan kemungkinan hujan pada sebelah petang.
PRN: Tok Mat buat penampilan kelima tanding DUN Rantau, saingan satu lawan satu
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini membuat penampilan kelima bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya selama empat penggal sejak 2004.
Tok Mat mahu pertahan kerusi DUN Rantau, tanding Parlimen pada PRU15
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan akan bertanding di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Pemimpin PKR kembali bersatu, dua kongres kini menjadi satu
Buat pertama kali dalam sejarah sejak penubuhan PKR asejak 1999, hampir terjadi 2 kongres berlangsung serentak, ekoran sengketa dalaman antara pemimpin parti tidak berkesudahan.
Kalah di Rantau tidak bemakna sokongan terhadap PH merosot - Johari
Gabungan di antara Barisan Nasional (BN) dan Pas sebenarnya tidak banyak membantu Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Calon Bebas, Malarvizhi teruja pertama kali mengundi
Calon bebas Malarvizhi menjadi calon paling awal berada di Pusat Daerah Mungundi SJKC Chung Hua bagi tunaikan tanggungjawab.
PRK Rantau: 96 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab
Pusat Mengundi awal di Pangkalan Udara Sendayan dan Balai Polis Rantau dibuka pada 8 pagi sebelum ditutup pada 12 tengah hari tadi.
PRK Rantau: Polis terima 73 laporan, 15 kertas siasatan dibuka
Polis sahkan terima 73 laporan sepanjang kempen PRK Rantau
UMNO ibarat 'jatuh ditanduk kerbau' jika Tok Mat kalah
Namun sekiranya Mohamad, yang menang di DUN Rantau sejak 2004 tewas, ia pastinya merupakan tamparan besar buat beliau dan BN.