JOHOR BAHRU: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pagi ini, berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden dilaporkan.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kedua-dua pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, dan Muar, yang turut dihadiri ribuan penyokong beberapa parti politik, turut dilaporkan dalam keadaan tenang serta terkawal.
"Pemantauan pihak polis dari bilik gerakan menunjukkan keadaan tenang dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada proses penamaan calon Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.
Beliau seterusnya mengingatkan para calon, penyokong serta pemimpin parti politik agar terus mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan, terutama ketika berkempen.
Selain itu, beliau turut memberi amaran keras supaya semua pihak tidak menyentuh perkara berkaitan 3R (isu agama, raja dan kaum) ketika berkempen dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya ingkar.
Kamarul Zaman berkata setakat ini masih belum ada pihak yang memohon permit untuk mengadakan ceramah dan kempen bagi kedua-dua kawasan PRK berkenaan.
"Dalam tempoh berkempen ini mohonlah permit. Insya-Allah, kita akan berikan jawapan dan berikan kebenaran, jadi ikutlah peraturan yang telah ditetapkan," katanya
PRK Parlimen Pulai dan Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK itu pada 9 Sept manakala pengundian awal pada 5 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2023

Kamarul Zaman berkata setakat ini masih belum ada pihak yang memohon permit untuk mengadakan ceramah dan kempen bagi kedua-dua kawasan PRK berkenaan. -Gambar fail/Bernama
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek utama kes bunuh Bella akan didakwa esok - Polis
Suspek utama kes kehilangan ibu tunggal Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pada Rabu.

Dua beranak antara tiga ditahan dipercayai terlibat sindiket edar dadah
Ibu dan anak merupakan antara tiga individu yang ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah.

Polis Johor tumpaskan 16 sindiket edar dadah
Polis Johor berjaya menumpaskan 16 sindiket pengedaran dadah dengan 98 tangkapan di negeri ini, sepanjang tahun lalu.

Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak
Anggota penguat kuasa turut merampas dadah, arak dan beberapa kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.

Polis Johor lupus dadah bernilai RM5.43 juta
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata proses pelupusan itu akan dilakukan hari ini di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Polis terima tiga laporan "scam" babit kerugian lebih RM1 juta
Polis menerima tiga laporan berhubung penipuan pelaburan dan penipuan "phone scam" melibatkan kerugian berjumlah lebih RM1.41 juta pada Rabu lepas dan semalam.

Polis Johor terima tiga laporan penipuan, kerugian lebih RM1 juta
Polis Johor menerima tiga laporan berhubung penipuan pelaburan dan penipuan 'phone scam' melibatkan kerugian berjumlah lebih RM1 juta.

Ketua Polis Johor jadi sasaran scammer
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengakui pernah cuba diperdaya oleh scammer yang menyamar sebagai pihak berkuasa baru-baru ini.

Kertas siasatan insiden gaduh DIBW sedang dilengkapkan
Polis Johor sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi.

153 individu ditahan terlibat judi dalam talian
Sebanyak 153 individu ditahan dalam 136 serbuan menerusi Op Dadu Khas terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam di Johor bemrula Jumaat lepas hingga semalam.