Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN akan menggunakan kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sebagai platform untuk menjelaskan isu royalti petroleum.
Katanya, dalam penjelasan yang akan diberikan itu, BN akan menjawab segala fitnah mengenai kononnya Petronas masih belum membayar royalti berjumlah RM12 bilion kepada kerajaan negeri Kelantan.
Beliau yang menjangkakan PAS akan menggunakan isu royalti pada PRK itu berkata BN akan memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan bahawa isu royalti adalah satu fitnah pihak pembangkang terhadap kerajaan pusat.
"Ingin saya jelaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan itu sebenarnya adalah fitnah dan ia serius.
"Petronas adalah syarikat milik kerajaan yang mengamalkan ketelusan dan akauntabiliti. Kawasan (cari gali minyak) terlibat adalah melalui kerjasama dengan Thailand dan jaraknya juga adalah lebih tiga batu nautika dan itu bukan milik kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon PRK itu di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mencabar PAS menyiasat daripada semua sudut dan memberi bukti secara spesifik dakwaan yang mengatakan Petronas dan kerajaan tidak membayar royalti sebanyak RM12 bilion itu.
"Kita bersikap terbuka dan mereka boleh siasat di mana sahaja dan nyatakan kepada kita jika terdapat keraguan," katanya.
Beliau berkata walaupun begitu kerajaan Persekutuan tetap prihatin dan bersetuju membayar wang ehsan yang kini berjumlah RM140 juta kepada Kelantan.
Katanya kerajaan dan Petronas telah membuat penafian sebelum ini terhadap dakwaan itu dan berharap PAS tidak lagi membuat fitnah berhubung soal royalti kerana ia merupakan satu dosa besar dalam agama.
"Mereka menuduh kita (kerajaan BN) sehingga menampakkan seolah kita yang bersalah dan kita tidak merasa takut dan saya katakan tadi mereka boleh membuat pemeriksaan terhadap Petronas berhubung perkara ini," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin yakin BN mampu mengekalkan kemenangan pada pilihan raya kecil tersebut pada 25 Sept ini.
Beliau berkata ini berdasarkan kepada ketokohan calon BN Mat Razi Mat Ail serta perpaduan erat yang ditunjukkan oleh semua anggota Umno dan BN di kawasan itu.
"Rekod calon BN Ustaz Mat Razi ini adalah amat cemerlang dalam perjawatan, kelulusan akademik serta pengasas pondok dan saya yakin ia adalah calon paling layak.
"Saya yakin pengundi (yang mengundi) BN pada pilihan raya (umum) lepas akan memilih semula BN kali ini malah lebih baik lagi (majoriti lebih tinggi). Kita sudah bersedia hadapi tentangan hebat daripada PAS," katanya.
Pada PRK itu, calon BN akan ditentang calon PAS iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos.
Pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, Nor Zahidi mengalahkan calon PKR Shaharun Ibrahim dan Izat Bukhary yang juga bertanding sebagai calon Bebas dengan majoriti 1,736 undi.
Sementara itu, Muhyiddin menyangkal dakwaan kononnya Allahyarham tidak melakukan sesuatu untuk membangunkan Pengkalan Kubor semasa menjadi wakil rakyat dan menyifatkan ia sebagai satu lagi fitnah pembangkang.
"Nanti kita akan senaraikan segala (jasa) yang telah dibuat Allahyarham di sini. Kawasan ini dalam Parlimen Tumpat yang dikuasai PAS dan PAS juga sepatutnya bertanggungjawab mengadakan pembangunan," katanya.
Mengenai calon Bebas, Muhyiddin berharap jentera BN tidak memperkecilkan kekuatan calon lawan.
"Kalau calon Bebas dapat tarik dua tiga ratus pengundi sudah memberi kesan...menang satu undi pun dah dikira menang," katanya.
Bernama
Sat Sep 13 2014
MUHYIDDIN: BN akan menggunakan kempen PRK DUN Pengkalan Kubor sebagai platform untuk menjelaskan isu royalti petroleum.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Buruh didakwa pecah masuk rumah, cabul jiran
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah masuk rumah dan mencabul jirannya.
Jejambat Wakaf Bharu - Pengkalan Kubor siap November
Projek yang telah bermula pada Februari 2018 itu dianggarkan menelan kos keseluruhan mencecah RM105.5 juta.
PGA rampas 541 ekor burung murai batu, dipercayai diseludup
Sejumlah 541 ekor burung Murai jenis Murai Batu yang terancam dan dilindungi berjaya dirampas oleh Pasukan Gerakan Am, PGA.
1,000 kenderaan persendirian asing Thailand dijangka masuk Kelantan setiap hujung minggu
JPJ Kelantan menjangkakan lebih 1,000 kenderaan persendirian dari Thailand akan memasuki negeri itu pada setiap hujung minggu.
Tak Bai digegarkan letupan bom, berbalas tembakan
Kejadian kira-kira jam 10 malam tadi itu turut didengari dari arah Pengkalan Kubor, Tumpat yang terletak seberang dengan Pekan Tak Bai.
PGA9 rampas rokok seludup bernilai RM3.2 juta dalam rumah kedai
Kesemua rokok seludup ini dipercayai untuk pasaran dalam dan luar Kelantan.
Lelaki amuk di klinik Pengkalan Kubor bukan sebab vaksin - Pengarah JKNK
Video yang tular di media sosial berkenaan seorang lelaki yang dikatakan mengamuk berkaitan vaksin di Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor sejak Selasa lepas adalah video yang dirakam tahun lepas.
PKPD Kepulauan Tumpat: Jangan lari, kekal di rumah masing-masing - Polis
Kerjasama penduduk amat penting bagi membantu petugas kesihatan membuat saringan COVID-19 di kawasan tersebut.
Lelaki bersama anak empat tahun hilang ketika main jet ski
lelaki berusia 37 tahun itu didakwa oleh ahli keluarganya tidak pulang ke rumah selepas meluangkan masa dengan anak lelakinya bermain jet ski.
Warga emas lemas kenderaan dipandu terjunam sungai
Disebabkan tebing sungai di kawasan berkenaan agak tinggi, penduduk sepakat mengheret kenderaan berkenaan dan dibawa ke tebing sungai di sempadan Thailand.