JOHOR BAHRU: Kesemua bakal calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dinasihatkan agar tiba awal di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini esok, berikutan keadaan cuaca diramalkan hujan, selain hadir dengan membawa segala dokumen yang ditetapkan bagi kelancaran proses penamaan calon.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi Parlimen Pulai Miswan Yunus berkata seramai 81 petugas SPR, akan terlibat dalam proses itu esok dan akan turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membuat kawalan terutama terhadap penyokong.
"Dari segi persiapan kita, semua berjalan lancar seperti dirancang dengan kerjasama agensi terlibat," katanya pada sidang media selepas lawatan Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom, ke pusat penamaan itu, di sini hari ini.
Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan semua penyokong parti yang bertanding, agar tidak melakukan sebarang provokasi sepanjang proses penamaan calon dijalankan dan berada pada jarak 50 meter dari luar kawasan pusat penamaan.
Tinjauan Bernama di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim petang ini mendapati, persiapan untuk proses penamaan calon masih giat dilakukan oleh petugas SPR, dengan pelbagai notis turut ditampal di setiap sudut dewan untuk perhatian orang ramai serta penyokong parti politik.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya iaitu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
Dr Azmi Sharom meninjau persiapan penamaan calon PRK Parlimen Pulai yang akan berlangsung esok di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru. - Gambar Bernama
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Langkah lindungi budaya setempat, insentif pusat autisme tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu dikemukakan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada sesi soal jawab.
Kemenangan besar parti Presiden Sri Lanka dilihat sebagai sokongan untuk perpaduan
Kemenangan besar parti Presiden Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake, dalam Pilihan Raya Parlimen pada Khamis dipuji sebagai sokongan untuk perpaduan nasional.
Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo
Jumlah wanita yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri di Malaysia masih rendah, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Kerajaan komited tingkat pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam
JPA turut bertanggungjawab memastikan deskripsi tugas, persekitaran tempat kerja dan penerimaan ketua jabatan adalah 'mesra dan sesuai' OKU.
Azalina tidak anggotai Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan - BHEUU
BHEUU menjelaskan pihaknya dipertanggungjawabkan untuk urusan penyelarasan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Gobind akan terus mewakili DAP dalam Kabinet, mainkan peranan penting dalam kepimpinan negara - Loke
Meskipun gagal memperoleh jawatan dalam pemilihan parti DAP Selangor 2024-2027 semalam, Gobind Singh Deo akan terus mewakili DAP dalam Kabinet, kata Setiausaha Agung parti Anthony Loke.
1BestariNet, Pelabuhan Labuan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung Projek 1BestariNet dan tindakan undang-undang yang diambil diajukan oleh Datuk Mohd Suhaimi Abdullah kepada Menteri Pendidikan.
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Penjelasan pemberian lesen laksana 5G kepada U Mobile tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu dibangkitkan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri oleh Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) kepada Menteri Komunikasi.