Barisan Nasional (BN) Perak digerakkan untuk membantu jentera pilihanraya BN dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata mereka antara lain akan pergi dari rumah ke rumah bagi meraih sokongan untuk calon bertanding BN Tengku Zaihan Che Ku Rahman.

Katanya adalah menjadi amalan pada setiap pilihanraya kecil bagi setiap negeri untuk memberi fokus kepada salah satu pusat daerah mengundi di kawasan yang dipertandingkan.

Pendekatan berkenaan dilihat lebih berkesan berbanding ceramah untuk mendekati pengundi dan mendengar denyutan hati rakyat.

"Pendekatan kami UMNO Perak lebih kepada komunikasi dengan orang kampung iaitu kenalpasti setiap pengundi strategi tak boleh bg tau lah paling penting kenalpasti pengundi ajak mereka keluar mengundi kalau x kenal pengundi tentunya agak sukar," kata Zambry Kadir.

Untuk PRK kali ini, BN Perak "menjaga" kampung nangka yang merupakan salah satu kawasan kelabu di bawah DUN Kuala Besut.

"Kawasan ini tiap kali praya dia kurang sikit tapi nak kata terlalu jauh sangat jarak undi pembangkang dengan undi BN tidak lah jauh sangat umpama praya lalu kita tewas peti undi sebanyak 79 undi Dan saya fikir pendekatan baik iaitu kenalpasti mereka yang tidak keluar mengundi mungkin dapat tingkatkan bilangan sokongan kepada BN."

Beliau yang juga pengerusi BN Perak ditemui selepas melawat rumah keluarga miskin di kampung lampu yang terletak di bawah kawasan mengundi kuala Besut.

Kampung Nangka mempunyai sejumlah 1236 orang pengundi.