Kehadiran ramai orang ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini sejak berjalannya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu dalam tempoh kira-kira dua minggu kebelakangan ini umpama rahmat buat penduduk tempatan.
Kehadiran orang luar terutama petugas parti, anggota keselamatan dan media, selain PRK kali ini turut disertai petugas yang berkaitan isu kesihatan sebagai langkah berhati-hati dengan ancaman COVID-19, memberikan kelegaan terutama kepada peniaga yang kembali bernafas setelah sekian lama terpaksa 'menutup' operasi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas.
Dengan PRK berjalan dalam tempoh PKP Pemulihan (PKPP) yang membolehkan sebahagian besar perniagaan kembali beroperasi, peniaga di sekitar kawasan Chini memperoleh keuntungan melebihi hari-hari biasa sebelum PKP.
Ada antara mereka yang memperolehi peningkatan keuntungan sehingga sekali ganda, berikut ramai 'orang luar' yang berkampung di kawasan DUN Chini ini sepanjang berlangsungnya PRK ini dan membeli serta menggunakan perkhidmatan mereka.
Pengusaha rumah penginapan Notul Azura Jamaludin, 43, berkata tiga unit kediaman miliknya, yang didirikan di dalam kawasan rumahnya di Bandar Dara Chini dekat sini telah habis ditempah bermula pada hari penamaan calon sehingga hari pengundian bagi PRK DUN Chini Sabtu ini.
"Amat jarang sekali rumah penginapan saya ditempah bagi tempoh panjang seperti ketika berlangsungnya PRK ini, sebelum ini paling lama pun tiga hingga lima hari. Saya menganggap ini ialah rezeki bagi penduduk di sini, di mana ini ialah kali pertama PRK berlangsung di DUN ini," katanya kepada Bernama.
Pengusaha rumah penginapan jelas merupakan antara yang banyak mendapat manfaat daripada PRK DUN Chini, dan dengan rumah penginapan sedia ada tidak mampu menampung permintaan, ada rumah peneroka yang tidak lagi dihuni turut "berubah" menjadi rumah penginapan.
Sementara itu, pengusaha kedai dobi Latifah Awang, 59, berkata PRK DUN Chini, yang bermula pada hari penamaan calon pada 20 Jun lalu, seolah-olah memberi peluang kepada perniagaan kembali bernafas selepas melalui penurunan pendapatan ketika tempoh PKP.
Katanya kedai dobi yang terletak di Felda Chini 4, menggunakan kapasiti maksimum bagi mencuci pakaian yang diterima daripada pelanggan sejak bermulanya PRK DUN Chini dengan beliau terus mengekalkan harga RM3.50 bagi sekilogram pakaian.
"Memang berlaku peningkatan pendapatan ketika PRK ini berikutan semakin ramai pelanggan yang menghantar pakaian mereka untuk dibasuh di dobi miliknya. Sejak PRK ini, setiap hari saya menggunakan kapasiti maksimum sedangkan pada hari-hari biasa amat jarang saya membasuh pakaian dalam jumlah itu dalam sehari," katanya.
Pemilik kedai serbaneka di Chini 3, Mohd Khairy Barderin, 28, berkata pendapatannya meningkat sekali ganda sejak PRK DUN Chini, dengan semakin ramai pelanggan dari luar kawasan Chini mengunjungi kedainya.
Katanya kebanyakan daripada mereka datang ke kedainya bagi mendapatkan air mineral, makanan segera dan tambah nilai bagi telefon bimbit.
"Hasil jualan meningkat dan saya mendapati mereka yang datang ke kedai saya tidak pernah saya kenali pun sebelum ini walaupun saya sudah tinggal di sini sejak lahir.Mungkin mereka bertugas semasa PRK ini atau mungkin mereka pengundi di DUN ini yang tinggal di luar dan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung," katanya.
Selain itu, peniaga lain seperti pengusaha kereta sewa, restoran dan gerai buah-buahan turut merasai tempias PRK ini dengan mencatatkan peningkatan dalam pendapatan mereka.
PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 02 2020

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mohd Sharim Md Zain dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kemenangan PRK Chini isyarat kerjasama semakin baik antara BN dengan PAS
Bagi Dr Ainul, majoriti undi BN yang meningkat lebih sekali ganda adalah faktor dibantu kejayaan daripada sokongan pengundi PAS, selain faktor ramai pengundi luar yang pulang.

BN menang di Chini, PH perlu nilai strategi berdepan PN
Gabungan parti Melayu memberi cabaran kepada PH untuk mengekalkan strategi yang dilakukan sebelum ini.

BN masih relevan dan diterima rakyat - Zahid
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata lambang dacing (BN) tidak lagi diterima rakyat terbukti tidak benar.

BN pertahan DUN Chini
BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Chini apabila calonnya, Mohd Sharim Md Zain memperoleh kemenangan dengan majoriti 12,650.

59 peratus keluar mengundi setakat jam 1 petang - SPR
13 buah pusat mengundi melibatkan 65 saluran dibuka tepat jam 8 pagi dan proses pengundian dijangka berakhir jam 5.30 petang.

Wakil rakyat Chini diketahui hari ini
PRK DUN Chini merupakan pilihan raya kecil ke-11 selepas PRU14 dan merupakan yang pertama buat Perikatan Nasional selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada PH pada Mac lalu.

Chini Memilih: Proses pemulihan Tasik Chini perlu kerjasama semua pihak - Penyelidik
Biodiversiti di tasik itu mula terganggu selepas pencerobohan haram di beberapa kawasan sekitarnya.

PRK Chini bantu ekonomi penduduk tempatan
Ada antara mereka yang memperolehi peningkatan keuntungan sehingga sekali ganda, berikut ramai 'orang luar' yang berkampung di kawasan DUN Chini sepanjang berlangsungnya PRK.

Chini Memilih: Masa depan Tasik Chini semakin muram?
Tasik Chini terkenal dengan lagenda naganya sejak dahulu lagi. Flora dan faunanya turut memukau setiap pelancong dalam dan luar negara.

PKPP: 39 lagi individu ditahan ingkar arahan
67,047 pemeriksaan telah dibuat oleh Task Force Operasi Pematuhan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.