Pengarah Pusat Pengajian Siswazah Unitar, Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, prestasi Program Transformasi Ekonomi (ETP) sehingga akhir tahun lalu, dijangka cemerlang.
Ia berdasarkan jumlah pelaburan yang tinggi direkodkan sejak pelancaran program berkenaan pada 2010.
Berdasarkan perkembangan itu, beliau yakin matlamat mencapai status negara maju berpendapatan tinggi mampu dicapai.
Beliau berkata, "Prestasi program transformasi ekonomi sehingga November 2012, dijangka cemerlang. Ini kerana 212 bilion pelaburan telah direkodkan, iaitu sudah melebihi satu pertiga daripada jumlah yang disasarkan iaitu 500 bilion, sewaktu dilancarkan pada 21 September 2010."
Selain itu, beliau juga berpendapat, program berkenaan akan terus memberi penumpuan kepada usaha meningkatkan taraf kehidupan golongan berpendapatan rendah dan mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).