Presiden Iran Dr Hassan Rouhani tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi sulung dua hari ke Malaysia.
Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak dilantik sebagai presiden pada 2013.
Rouhani tiba dengan jet peribadi pada 1.15 tengah hari, diiringi Menteri Hal Ehwal Luar Iran Dr Mohamad Javad Zarif, menteri Kabinet kanan dan para pegawai kanan kerajaan.
Ketibaan beliau disambut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan diberi sambutan permaidani merah dan berjalan melintasi kawalan kehormat terdiri daripada Rejimen Keenam Renjer Diraja.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata lawatan Rouhani ke Malaysia adalah sebahagian daripada jelajah beliau ke Asia Tenggara, yang turut merangkumi Vietnam dan Thailand.
Rouhani dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya dan kedua-dua pemimpin dijangka menyaksikan majlis menandatangani Triti Ekstradisi antara Malaysia dan Iran.
Wisma Putra berkata lawatan rasmi itu bertujuan mengukuhkan lagi hubungan akrab dua hala antara Malaysia dan Iran.
"Kedua-dua pihak dijangka membincangkan serta memperluaskan jaringan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan, minyak, tenaga, pendidikan, pembinaaan keupayaan dan pelancongan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut susulan penarikan balik sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Iran sekali lagi menjadi tumpuan syarikat-syarikat Malaysia yang berminat mengeksport barangan dan menawarkan khidmat mereka ke negara itu yang dianggarkan mempunyai pasaran bernilai US$406 bilion.
Iran merupakan rakan dagang yang penting bagi Malaysia di kalangan negara-negara Timur Tengah, menurut kenyataan itu.
Wisma Putra berkata perdagangan dua hala antara Malaysia dan Iran mencatatkan peningkatan sejak awal tahun ini, dengan perdagangan berjumlah antara RM1.03 bilion (US$250.03 juta) antara Januari dan Jun 2016, iaitu peningkatan sebanyak 11.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2015.
Eksport utama Malaysia ke Iran pada tahun 2015 adalah minyak sawit (RM950 juta), kimia dan produk kimia (RM226 juta) dan getah asli mentah (RM222 juta), manakala produk utama Iran yang diimport ke Malaysia adalah produk pertanian (RM61 juta), produk petroleum (RM35 juta) dan baja dan mineral mentah (RM17 juta), menurut kenyataan itu. -Bernama
Bernama
Fri Oct 07 2016
![Presiden Iran tiba untuk lawatan dua hari Presiden Iran tiba untuk lawatan dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61475829957_DrHassan.jpg)
Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak dilantik sebagai presiden pada 2013. -Bernama
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Bekas Presiden Iran berdepan pertuduhan 'campur tangan' dalam Forex, pasaran saham Bekas Presiden Iran berdepan pertuduhan 'campur tangan' dalam Forex, pasaran saham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61606551596_HassanRouhani.jpg)
Bekas Presiden Iran berdepan pertuduhan 'campur tangan' dalam Forex, pasaran saham
Rouhani, tokoh politik reformis, berkhidmat sebagai Presiden Iran selama dua penggal antara 2013 dan 2021.
![Ebrahim Raisi presiden baharu Iran Ebrahim Raisi presiden baharu Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624136508_EbrahimRaisipresi.jpg)
Ebrahim Raisi presiden baharu Iran
Ebrahim Raisi kini secara rasminya memenangi Pilihan Raya Presiden Iran selepas memperoleh 62 peratus undi.
![UNGA: Iran bidas AS tukar Asia Barat jadi rantau bahaya UNGA: Iran bidas AS tukar Asia Barat jadi rantau bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600821858_HassanRouhani.jpg)
UNGA: Iran bidas AS tukar Asia Barat jadi rantau bahaya
Ia berkaitan penjualan senjata bernilai berbilion dolar kepada negara di rantau berkenaan.
![Malaysia-Iran bekerjasama perangi COVID-19 Malaysia-Iran bekerjasama perangi COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71589372209_MuhyiddinYassin.jpg)
Malaysia-Iran bekerjasama perangi COVID-19
Malaysia sedia bergabung dan bekerjasama dengan Iran dan memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam usaha memerangi COVID-19.
![COVID-19: Timbalan Presiden Iran antara 7 pegawai kerajaan disahkan positif COVID-19: Timbalan Presiden Iran antara 7 pegawai kerajaan disahkan positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41582847942_MasoumehEbtekar.jpg)
COVID-19: Timbalan Presiden Iran antara 7 pegawai kerajaan disahkan positif
Timbalan Presiden Iran, Masoumeh Ebtekar menjadi antara sekurang-kurangnya tujuh pegawai kerajaan yang disahkan virus membawa maut itu.
![Iran mula serang pangkalan tentera AS, puluhan peluru berpandu dilancar Iran mula serang pangkalan tentera AS, puluhan peluru berpandu dilancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578441989_AinalAsadairbase.jpg)
Iran mula serang pangkalan tentera AS, puluhan peluru berpandu dilancar
Tiada maklumat mengenai kematian atau kecederaan akibat serangan itu dilaporkan setakat ini.
![Trump beri amaran sasar 52 lokasi kepentingan Iran jika diancam Trump beri amaran sasar 52 lokasi kepentingan Iran jika diancam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61514948425_DonaldTrump.jpg)
Trump beri amaran sasar 52 lokasi kepentingan Iran jika diancam
52 lokasi sasaran balas ke atas Iran itu bersamaan dengan jumlah warga tebusan Amerika Syarikat yang ditahan di Tehran pada 1979.
![Pembunuhan Soleimani jenayah terbesar Amerika Syarikat - Iran Pembunuhan Soleimani jenayah terbesar Amerika Syarikat - Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81578136564_HassanRouhani.jpg)
Pembunuhan Soleimani jenayah terbesar Amerika Syarikat - Iran
Presiden Iran Hassan Rouhani menyifatkan pembunuhan Soleimani sebagai jenayah terbesar oleh Amerika Syarikat.
![PM Jepun dan Presiden Trump bincang isu Iran PM Jepun dan Presiden Trump bincang isu Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51576982538_ShinzoAbe.jpg)
PM Jepun dan Presiden Trump bincang isu Iran
Perbincangan itu berlaku pada hari sama Presiden Iran Hassan Rouhani menamatkan lawatan dua harinya ke Jepun.
![Negara Islam jangan terlalu bergantung dolar AS - Dr Mahathir Negara Islam jangan terlalu bergantung dolar AS - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81576731561_TBTUNM.jpg)
Negara Islam jangan terlalu bergantung dolar AS - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik saranan Iran agar diwujudkan matawang kripto dengan kerjasama bank pusat negara masing-masing.