KUALA LUMPUR: Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr diberi sambutan negara di Istana Negara hari ini, sempena lawatan negara sulungnya ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam.
Ketibaan beliau bersama isteri Louise Araneta-Marcos, pada pukul 11 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta menteri-menteri kabinet.
Istiadat sambutan di padang kawad itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Filipina dan Malaysia oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, disusuli tembakan meriam 21 das.
Presiden Filipina itu kemudian memeriksa kawalan kehormat membabitkan empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, di sini.
Marcos bersama Al-Sultan Abdullah kemudian menanam pokok melinjau (Gnetum Gnemon) di halaman istana, dengan disaksikan Louise Araneta-Marcos, Tunku Azizah, Anwar dan Dr Wan Azizah.
Presiden Filipina itu juga diraikan dan diberi penghormatan pada Majlis Jamuan Negara yang turut menyaksikan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke majlis itu.
Marcos seterusnya dijadual menyertai Perdana Menteri dalam sidang media bersama di Putrajaya petang ini sebelum menghadiri majlis makan malam bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Lawatan beliau menggambarkan jalinan persahabatan dan hubungan rapat antara kedua-dua negara selaku jiran rapat dan rakan dalam ASEAN, termasuk menerusi pertukaran lawatan di peringkat tinggi seperti lawatan rasmi Anwar ke Manila pada Mac 2023.
Filipina merupakan rakan dagang ke-15 terbesar Malaysia di peringkat global dan kelima terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN tahun lepas dengan jumlah dagangan bernilai RM41.45 bilion (US$9.42 bilion), peningkatan 20.1 peratus berbanding jumlah dagangan pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023
![Presiden Filipina diberi sambutan negara di Istana Negara Presiden Filipina diberi sambutan negara di Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690350510_TBIstanaNegara.jpg)
Yang di-Pertuan Agong (tiga, kanan) dan dan Raja Permaisuri Agong (dua, kanan) berkenan bergambar bersama Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan isteri di pekarangan Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Lawatan Marcos ke Malaysia, lebih 8,000 pekerjaan akan diwujudkan menerusi lima LOI Lawatan Marcos ke Malaysia, lebih 8,000 pekerjaan akan diwujudkan menerusi lima LOI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690499617_FerdinandMarcosJr.jpg)
Lawatan Marcos ke Malaysia, lebih 8,000 pekerjaan akan diwujudkan menerusi lima LOI
LOI bersama syarikat tenusu Malaysia, Farm Fresh Bhd, dijangka menyumbang AS$20 juta tambahan untuk projek ternakan lembu tenusu.
![Presiden Marcos berlepas ke Johor sebagai sebahagian lawatan negara Presiden Marcos berlepas ke Johor sebagai sebahagian lawatan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690448905_TBstatevisit.jpg)
Presiden Marcos berlepas ke Johor sebagai sebahagian lawatan negara
Marcos dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene.
![Sultan Johor terima Darjah Kebesaran Sikatuna daripada Presiden Filipina Sultan Johor terima Darjah Kebesaran Sikatuna daripada Presiden Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562772483_sultanjohor.jpg)
Sultan Johor terima Darjah Kebesaran Sikatuna daripada Presiden Filipina
Darjah berkenaan diberikan sempena lawatan baginda di atas jemputan peribadi presiden tersebut.
![Duterte mahu hantar sampah kembali ke Kanada Duterte mahu hantar sampah kembali ke Kanada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51523420741_RodrigoDuterte.jpg)
Duterte mahu hantar sampah kembali ke Kanada
Manila telah failkan beberapa protes diplomatik dengan Kanada berhubung bertan-tan sisa buangan yang dihantar ke Filipina antara 2013 dan 2014.
![Hakim Filipina tolak usaha Duterte mahu tangkap pengkritiknya Hakim Filipina tolak usaha Duterte mahu tangkap pengkritiknya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/61510545289_tbPresidenFilipina.jpg)
Hakim Filipina tolak usaha Duterte mahu tangkap pengkritiknya
Perkembangan itu disifatkan oleh pihak pembangkang sebagai satu peringatan kepada seorang pemimpin negara selain suatu kemenangan bagi undang-undang.
![Negara ini lebih baik ditadbir oleh seorang diktator seperti Marcos! Negara ini lebih baik ditadbir oleh seorang diktator seperti Marcos!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61525067446_RodrigoDuterte.jpg)
Negara ini lebih baik ditadbir oleh seorang diktator seperti Marcos!
Sanjungan Duterte kepada Marcos juga dilihat sebagai kontroversi, memandangkan ramai rakyat negara itu masih terkesan dengan pentadbiran mendiang.
![Filipina tidak akan mampu melawan China - Presiden Duterte Filipina tidak akan mampu melawan China - Presiden Duterte](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71519721438_DUTERTE.jpg)
Filipina tidak akan mampu melawan China - Presiden Duterte
Duterte berdepan kritikan kerana dikatakan hanya berdiam diri meskipun China meningkatkan aktiviti ketenteraan di Laut China Selatan.
![Duterte beri amaran mahu laksana undang-undang pemerintahan tentera Duterte beri amaran mahu laksana undang-undang pemerintahan tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485738455_RodrigoDuterte.jpg)
Duterte beri amaran mahu laksana undang-undang pemerintahan tentera
Duterte berkata demikian sebagai sebahagian daripada kempen kontroversi untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam masyarakat.
![Rodrigo Duterte menang Pilihan Raya Presiden Filipina Rodrigo Duterte menang Pilihan Raya Presiden Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71462854230_RodrigoDuterte.jpg)
Rodrigo Duterte menang Pilihan Raya Presiden Filipina
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan, dua pesaingnya mengaku kalah, membuka peluang kepada Datuk Bandar Davao itu menggantikan Benigno Aquino III bagi memimpin Filipina untuk penggal seterusnya.