PUTRAJAYA: Pengusaha premis penginapan berlesen di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mendaftar sebagai Premis Penginapan Pelancong (PPP) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pendaftaran di bawah kementerian itu adalah mandatori seperti ketetapan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Menurut MOTAC ia bertujuan mengawal kewujudan rumah kediaman yang dijadikan rumah penginapan atau inap desa yang semakin bertambah selain membolehkan pengusaha mematuhi syarat yang dikenakan serta mengelak sebarang aduan daripada pihak pengguna.
"Pelaksanaan ini juga bertujuan untuk mengelakkan premis penginapan pelancongan dijadikan tempat transit kepada penjenayah berikutan ia tidak mempunyai sebarang maklumat keluar masuk pelancong seperti hotel," menurut kenyataan itu.
Berdasarkan statistik, hanya 4,771 premis telah berdaftar sebagai PPP sedangkan masih banyak premis penginapan berlesen dan beroperasi di seluruh negara belum memohon pendaftaran di bawah MOTAC.
"MOTAC menggalakkan semua premis penginapan ini untuk berdaftar sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan diambil pada masa akan datang. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan atau Tourism Licensing (TOURLIST) di laman https://www.tourlist.gov.my/," menurut kenyataan itu.
Menurut MOTAC, premis penginapan yang telah berdaftar sebagai PPP dan memenuhi syarat penggredan diminta mengemukakan permohonan penggredan kepada Pejabat MOTAC Negeri berkenaan.
Pelbagai insentif boleh dinikmati premis yang telah diberikan penggredan oleh MOTAC antaranya pengambilan pegawai dagang atau pekerja asing, insentif cukai, bantuan kewangan daripada kerajaan dan bantuan mempromosikan premis sama ada di dalam atau luar negara.
Garis panduan pendaftaran PPP, penggredan PPP dan kriterianya boleh dirujuk di laman https://www.motac.gov.my/.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023

Pengusaha premis penginapan berlesen di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mendaftar sebagai Premis Penginapan Pelancong (PPP) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Premis penginapan berlesen perlu berdaftar sebagai PPP di bawah MOTAC
Pengusaha premis penginapan berlesen di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mendaftar sebagai Premis Penginapan Pelancong (PPP) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).