PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menyenaraikan semua premis yang mempunyai risiko penularan COVID-19 dalam sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bermula Jumaat ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan peningkatan jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini sejak kebelakangan ini.
"Senarai itu membolehkan pemilik premis dan orang ramai mengambil tindakan wajar bagi mencegah terjadinya kluster berpunca daripada premis tersebut.
"Selain itu, ia membolehkan premis perniagaan terbabit diletakkan 'hotspot' terhadap kemungkinan pembentukan kluster yang besar," katanya pada sidang media mengenai pelaksanaan sistem HIDE di sini hari ini.
Khairy berkata dengan adanya senarai premis itu juga, ia membolehkan orang ramai melaksanakan pengawasan kendiri termasuk dengan tidak berkunjung ke sesuatu premis atau kawasan berisiko.
Sistem HIDE, dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan, bertujuan memberi amaran awal dalam mencegah peningkatan jangkitan COVID-19 dengan menggunakan data daripada aplikasi MySejahtera.
Memperincikan mengenai HIDE, Khairy berkata amaran awal yang dikeluarkan sistem yang menggunakan analisis data raya dan kecerdasan buatan itu berupaya mengelak kerajaan melaksanakan tindakan drastik seperti penutupan premis dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Ini adalah langkah kerajaan utk memastikan intervensi kita mempunyai suatu pendekatan yang lebih bersasar," katanya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Justeru, Khairy menyarankan semua premis untuk mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera bagi membolehkan sistem HIDE menjalankan analisis yang tepat.
"HIDE menjalankan analisis berdasarkan beberapa pemboleh ubah seperti rekod kes positif yang pernah mengunjungi premis, tempoh lawatan, luas kawasan serta pengaliran udara," kata Khairy.
Bagi mengelak premis dikategorikan sebagai 'hotspot' oleh sistem HIDE, beliau menasihatkan pemilik premis untuk melakukan ujian saringan terhadap pekerja, merekodkan aktiviti keluar masuk dengan lebih ketat serta mewajibkan pengunjung mengimbas kod QR My Sejahtera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021
![Premis berisiko sebar COVID-19 disenarai di bawah HIDE bermula 7 Mei Premis berisiko sebar COVID-19 disenarai di bawah HIDE bermula 7 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619859564_khairyJamaluddin.jpg)
KHAIRY: Senarai itu membolehkan pemilik premis dan orang ramai mengambil tindakan wajar bagi mencegah terjadinya kluster berpunca daripada premis tersebut. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Premis berisiko sebar COVID-19 disenarai di bawah HIDE bermula 7 Mei Premis berisiko sebar COVID-19 disenarai di bawah HIDE bermula 7 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619859564_khairyJamaluddin.jpg)
Premis berisiko sebar COVID-19 disenarai di bawah HIDE bermula 7 Mei
Kerajaan bersetuju menyenaraikan semua premis yang mempunyai risiko penularan COVID-19 dalam sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bermula Jumaat ini.