KUALA LUMPUR: Keluarga pesara tentera Prebet Suria Mohamad Hassan yang tinggal bawah jejantas Jalan Loke Yew 6 di sini sejak dua tahun lalu, akan memiliki rumah sendiri dalam minggu ini.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bagi menyegerakan perpindahan rumah buat keluarga tujuh beranak itu yang kini ditempatkan sementara di rumah transit di Flat Sri Johor, Cheras.
"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menyediakan unit flat untuk didiami secara terus dan kekal serta dengan cara sewa beli. Mereka sekeluarga akan berpindah dalam waktu terdekat kalau boleh sebelum akhir minggu ini.
"Flat itu terletak di Bandar Tun Razak berhampiran tempat dia berniaga, sementara pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) akan membantu dalam pengubahsuaian gerainya sebagai satu bantuan," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga berkenaan di Flat Sri Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata pembayaran sewa rumah terbabit akan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerusi Baitulmal.
Ismail Sabri berkata veteran terbabit sudah menerima pencen sebanyak RM1,100 sebulan namun ia dikatakan tidak mencukupi.
"Sehubungan itu, JHEV turut akan memberikan bantuan sara hidup RM300 sebulan bermula bulan ini dan ia tambahan kepada bantuan one-off oleh kerajaan diterimanya sebelum ini sebagai veteran dan penerima Pingat Jasa Malaysia," katanya.
Sebelum ini tular mengenai tujuh beranak yang tinggal di bawah jejantas Jalan Loke Yew 6 itu, sejak dua tahun lepas.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata pihaknya menggesa supaya mana-mana veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil berdaftar di bawah JHEV bagi memudahkan sebarang bantuan untuk disalurkan kepada golongan terbabit selepas tamat berkhidmat.
"Bekas pesara ATM yang menghadapi kesusahan dan memerlukan bantuan digesa tampil memaklumkan keadaan mereka kepada JHEV kerana kira-kira 20,000 warga veteran belum berdaftar sekali gus menyukarkan jabatan itu untuk menjejaki dan menghulurkan bantuan sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021

Ismail (kiri) menyampaikan sumbangan pesara tentera Suria (dua, kiri) selepas melakukan lawatan kebajikan ke atas pesara tentera tersebut di Perumahan Awam Sri Johor hari ini. - Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pesara tentera didakwa laku amang seksual terhadap cucu saudara
Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas tiga tuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga cucu saudaranya.

Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.

Balu pesara tentera bersyukur impian miliki rumah tercapai
Seorang balu kepada pesara tentera terharu dan menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki rumah baharu tercapai selepas lebih 25 tahun menumpang di rumah mentuanya.

Pesara tentera zahir patriotisme lukis potret PM buat koleksi, jualan
Seorang pesara tentera menzahirkan semangat patriotisme dengan menghasilkan lukisan potret Bapa Kemerdekaan dan sembilan Perdana Menteri yang lain sebagai koleksi peribadi.

'Dr Ganja' terlepas tali gantung, dipenjara sembilan tahun
Beliau memerintahkan Amiruddin menjalani hukuman penjara secara serentak bagi kesemua pertuduhan itu mulai tarikh tangkapan pada 26 Mei 2017.

Tiga cedera kereta rempuh taska di Kemaman
Kejadian berlaku selepas MPV yang dipandu pesara tentera itu hilang kawalan ketika mengundur keluar dari halaman rumahnya yang berhadapan taska tersebut.

'Rezeki terpijak' pesara tentera di tepi Sungai Kelantan
Mazlan Hussin berkata, setiap hari sepanjang Ramadan dia mampu menjual hampir 300 keping plastik berkenaan.

Pesara tentera wira negara dakwa suara tidak dipeduli sejak sekian lama
Rakyat cakna dengan jasa anggota tentera namun sayangnya, saban tahun, ramai dalam kalangan mereka menyuarakan isu sama berkaitan kebajikan.

Pesara tentera zahir semangat Hari Kebangsaan menerusi Kembara Solo Hijrah Merdeka
Setiap kali menjelang Bulan Kebangsaan, rakyat Malaysia akan tampil dengan pelbagai cara menzahirkan semangat patriotik dan rasa cinta mereka kepada negara.

Pesara tentera tinggal dalam kereta terharu dapat rumah baharu
Mohd Redzuan Abdullah mendapat tawaran penyewaan sebuah unit Perumahan Awam Seri Johor 4C di Cheras.