KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang mendapat e-baucar bernilai RM50 hingga RM100 menerusi tempahan bilik penginapan hotel secara dalam talian menerusi inisiatif Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE2.0) bermula 15 Julai sehingga 31 Dis ini.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelancaran inisiatif dengan kerjasama Tourism Malaysia itu bertujuan menarik minat orang ramai khususnya Keluarga Malaysia untuk membuat tempahan bilik penginapan hotel pada harga istimewa sekali gus berpotensi merancakkan aktiviti pelancongan domestik.
Beliau berkata antara pusat penginapan yang terlibat dalam inisiatif itu ialah hotel di bawah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) dan Rangkaian Hotel Seri Malaysia (RHSM).
"Lebih 200 hotel di bawah MAH dan MAHO akan menawarkan e-baucar bernilai RM100 dengan nilai pembelian minimum RM150 untuk 19,900 pembeli terawal manakala sebanyak 229 hotel di bawah MyBHA menawarkan e-baucar bernilai RM50 dengan nilai pembelian minimum RM60 untuk 7,960 pembeli.
"Selain itu, RHSM menawarkan rebat bernilai RM50 dengan nilai pembelian minimum RM170 (bilik standard) atau RM210 (bilik keluarga) untuk 5,970 pembeli terawal di 19 hotel mereka.
"Tempahan di RHSM boleh dibuat secara jumpa terus, e-mel atau telefon," katanya pada majlis pelancaran PRE2.0 bagi kluster penginapan di sini malam tadi.
Nancy berkata kesemua e-baucar boleh diperoleh semasa membuat tempahan bilik hotel menerusi aplikasi Shopee dengan had penebusan sebanyak tiga kali bagi setiap pemilik MyKad bermula 15 Julai hingga 31 Dis.
Beliau juga berkata kementeriannya melalui Tourism Malaysia telah melancarkan program PRE2.0 pada 17 Mei lepas dengan pemberian tawaran diskaun dan rebat di bawah sektor persatuan agensi pelancongan, pengangkutan darat, taman tema, selam skuba, inap desa serta pengangkutan udara.
Menyentuh isu penetapan mata wang Amerika Syarikat bagi tempahan penginapan hotel pula, Nancy berkata perkara itu diserahkan kepada pemain industri sekali gus berharap perbincangan menyeluruh dapat dilakukan oleh pihak terbabit.
"Kita harapkan mereka berbincang sesama sendiri dari segi implikasinya kerana kita lihat penetapan kadar tempahan menggunakan mata wang itu, persepsi orang mengenai standard industri kita juga berbeza. Ia juga berpotensi menarik minat pekerja tempatan.
"Kita serahkan keputusan itu kepada mereka namun pertimbangkan dahulu semua keputusan kerana kita bimbang jika ada pihak mengatakan kita tidak yakin dengan mata wang negara sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berucap pada Pelancaran Program Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE 2.0) Kluster Penginapan di sebuah hotel pada Rabu. - Foto BERNAMA

Usahawan Digital TM perkasa lebih 2,000 usahawan B40
Purata RM5,000 bagi setiap usahawan disampaikan dalam bentuk peranti, penyelesaian digital dan sumber latihan.

Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik kepada 4.5 peratus pada 2025, 4.0 peratus pada 2026 - IMF
Menurut IMF, unjuran pada 2025 adalah 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran rujukan dalam WEO April 2025.
Naskhah terjemahan mampu tampung karya agung dunia
Sejarawan dan penterjemah Rusia, Dr. Victor Pogadaev melihat usaha menerbitkan naskhah terjemahan dalam sebarang bahasa sastera, tanpa terkecuali bahasa Melayu mampu menjadikan bahasa berkenaan menampung karya agung dunia.
Lebih ramai warga Rusia minat Bahasa Melayu
Ratusan warga Rusia yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia semakin meminati Bahasa Melayu didorong kejayaan beberapa acara yang dianjurkan oleh Rumah Rusia di Jalan Ampang.
Isu tribunal hak asasi, TMM 2026 dan tenaga nuklear tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini fokus kepada status tribunal hak asasi, promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, dan kesiapsiagaan negara meneroka tenaga nuklear.
IMF naikkan unjuran pertumbuhan global & AS bagi 2025, 2026
IMF jangka pertumbuhan ekonomi global lebih tinggi hingga 2026, dipacu rangsangan fiskal dan tarif lebih rendah. AS diramal terus berkembang meski tekanan inflasi kekal.

19 terbunuh dalam serangan udara Rusia ke atas penjara, hospital di Ukraine
Serangan turut mengorbankan seorang wanita hamil berusia 23 tahun dan dua individu lain.
Guru Besar maut, warga emas dihempap pokok di Bera
Dua kematian dilaporkan di Bera — seorang guru besar maut dalam kemalangan jalan raya, manakala warga emas dihempap pokok ketika menunggang motosikal.
KPDN peruntuk RM3.3 juta di Pos Brooke & Kuala Betis untuk penyelarasan harga
Masalah harga barangan keperluan asas yang tinggi di kawasan perkampungan orang asli diberi perhatian apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan lebih RM3.3 juta bagi program pengedaran barang perlu di dua kawasan masyarakat orang asli di Pos Brooke dan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
Korban genosid Gaza cecah 60,000, serangan Israel berterusan
Lebih 60,000 rakyat Palestin terkorban sejak serangan Israel bermula Oktober 2023. Angka korban terus meningkat meskipun usaha bantuan dan gencatan senjata gagal dilaksana.

PRE2.0: E-baucar tempahan bilik penginapan manfaatkan lebih 33,000 Keluarga Malaysia
Rakyat Malaysia berpeluang mendapat e-baucar bernilai RM50 hingga RM100 menerusi tempahan bilik penginapan hotel secara dalam talian menerusi inisiatif Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE2.0).

45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

PPZ-MAIWP seru tunaikan zakat, bantu asnaf
Kempen YEZ bertujuan memberikan hebahan kepada masyarakat Islam tentang perkhidmatan pembayaran zakat terkini dan menyeru orang ramai menyegerakan tanggungjawab berzakat.