KUALA LUMPUR: Kekerapan tren dan laluan bas Rapid KL terpilih akan ditambah bermula esok bagi memudahkan pengunjung ke program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Nov.


Ringkasan AI
  • Kekerapan tren dan laluan bas Rapid KL terpilih akan ditambah bermula esok untuk memudahkan pengunjung ke program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
  • Kekerapan tren bagi LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Putrajaya akan ditingkatkan kepada setiap tiga dan lima minit dari 10 pagi hingga 3 petang pada Sabtu, sementara bilangan bas akan ditambah untuk laluan 300, 303, dan 402.
  • Pengunjung disarankan menggunakan kemudahan Park N Ride di stesen-stesen rel terpilih dengan kad Touch 'N Go yang sama untuk mendapatkan kadar rata bagi bayaran parkir, dan Rapid KL akan menambah bilangan anggota Polis Bantuan dan pegawai operasi di stesen-stesen rel terpilih dan hab bas KLCC.


Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah berkenaan merupakan komitmen pihaknya dalam menyokong usaha kerajaan menyampaikan maklumat berkaitan hala tuju secara terus kepada rakyat menerusi program yang bermanfaat.

Beliau berkata lokasi program 2TM yang akan membukan tirai esok boleh diakses menggunakan perkhidmatan rel dan bas kendalian Rapid KL, iaitu menerusi Stesen LRT KLCC (Laluan Kelana Jaya), Stesen MRT Persiaran KLCC (LaluanPutrajaya) dan Stesen Raja Chulan (Monorel Kuala Lumpur).

"Kekerapan tren bagi LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Putrajaya akan ditingkatkan kepada setiap tiga dan lima minit bermula10 pagi hingga 3 petang pada Sabtu. Langkah ini dapat memberi lebih kapasiti dan keselesaan kepada pengunjung untuk hadir," katanya.

Bagi perkhidmatan bas pula, Prasarana memaklumkan Rapid KL akan menambah bilangan bas bagi meningkatkan kekerapan perkhidmatan laluan 300 (Pandan Indah - Lebuh Ampang); laluan 303 (Taman Mulia Jaya - Lebuh Ampang) dan laluan 402 (Titiwangsa - KLCC).

Pengunjung juga disarankan untuk menggunakan kemudahan Park N Ride di stesen-stesen rel terpilih dengan kad Touch 'N Go yang sama bagi mendapatkan kadar rata bagi bayaran parkir.

"Rapid KL turut menambah bilangan anggota Polis Bantuan dan pegawai operasi di stesen-stesen rel terpilih dan hab bas KLCC bagi memberikan khidmat layanan terbaik selain menjaga keselamatan penumpang," katanya.

-- BERNAMA