BUAT peminat setia produk keluaran syarikat teknologi gergasi Apple Inc, pastinya mereka menanti kemunculan peranti terbaharu iPhone X yang bakal berada di pasaran Malaysia 24 November ini.
Pra-pesanan iPhone X atau sebutannya 'iPhone ten' di Malaysia boleh dibuat mulai Jumaat, 17 November ini melalui syarikat telekomunikasi terkemuka seperti Celcom, Digi dan U Mobile.
Hebahan tersebut diwar-warkan melalui perkongsian di laman media sosial Facebook mereka.
Setakat ini, syarikat telekomunikasi terbabit masih belum mengeluarkan sebarang butiran mengenai harga kontrak buat produk itu.
Ia dijangka dijual pada harga RM5,149 untuk storan 64GB dan RM5,899 bagi storan 256GB.
BACA: Sanggupkah anda bayar RM5,899 untuk iPhone X?
Anda juga boleh membuat pra-pesanan iPhone X melalui laman web Apple.
Rata-rata netizen juga meluahkan perasaan teruja untuk mengetahui harga kontrak yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi dan memiliki model terbaharu tersebut.
Apple sebelum ini melancarkan peranti iPhone X pada 3 November lepas yang boleh didapati di lebih 50 negara termasuk Amerika Syarikat, China, United Kingdom, Singapura, Australia, Jepun dan India.
BACA: iPhone X mula dijual di lebih 50 negara
Berbanding dengan iPhone 8 atau sebelumnya, iPhone X mempunyai skrin 5.8 inci dan boleh diakses melalui ciri baharu pengesanan wajah iaitu “Face ID”.
Sempena ulang tahun ke-10, Apple Inc memperkenalkan versi unik yang mempunyai skrin menyeluruh berpaparan Super Retina, pengecasan tanpa wayar dan Animoji iaitu revolusi emoji baharu.
Ia juga boleh didapati dalam dua warna iaitu Kelabu (Space Grey) dan Perak.
BACA: 8 perkara anda perlu tahu mengenai iPhone X
Nursyazwani Saiful Sham
Sat Nov 11 2017
![Pra-pesanan iPhone X di Malaysia mulai 17 Nov, netizen teruja Pra-pesanan iPhone X di Malaysia mulai 17 Nov, netizen teruja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81510287559_950x600.jpg)
Pra-pesanan iPhone X di Malaysia boleh dibuat mulai Jumaat, 17 November melalui syarikat telco seperti Celcom, Digi dan U Mobile. -REUTERS
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pra-pesanan iPhone X di Malaysia mulai 17 Nov, netizen teruja Pra-pesanan iPhone X di Malaysia mulai 17 Nov, netizen teruja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81510287559_950x600.jpg)
Pra-pesanan iPhone X di Malaysia mulai 17 Nov, netizen teruja
Buat peminat setia syarikat teknologi terkemuka Apple Inc, iPhone X bakal berada di pasaran Malaysia 24 November ini.