KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menafikan mempunyai projek perumahan yang didakwa bermasalah di Cherating, Pahang seperti dilaporkan beberapa portal berita.
PR1MA dalam satu kenyataan menjelaskan, ia tidak mempunyai kaitan dengan projek terbabit, sebaliknya projek yang dimaksudkan itu adalah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang yang berada di bawah seliaan Kerajaan Negeri Pahang.
"Untuk makluman, Perbadanan PR1MA Malaysia tidak mempunyai projek di Cherating, Pahang seperti yang dinyatakan di beberapa portal berita," kata kenyataan tersebut hari ini.
PR1MA merupakan agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Ia dipertanggungjawabkan untuk membina rumah mampu milik dan meningkatkan pemilikan rumah sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).
Terdahulu, beberapa media melaporkan kekecewaan pembeli rumah PR1MA di Cherating apabila rumah yang dijanjikan boleh didiami hujung tahun lalu, sehingga kini masih terbengkalai
Mereka mendakwa tempoh pembinaan projek perumahan itu dilanjutkan disebabkan pandemik COVID-19 dan dijadualkan siap pada Ogos depan.
Namun dakwa mereka, perkembangan pembinaannya ketika ini amat perlahan, dengan hanya bahagian lantai bagi empat daripada 108 unit rumah telah disiapkan.
Astro Awani
Mon May 30 2022

PR1MA dalam satu kenyataan berkata, projek yang dimaksudkan adalah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA Pahang).
"Memang Bahasa Malaysia adalah bahasa utama kita" - Menteri Perpaduan Negara
Menteri Perpaduan Negara mempertimbangkan cadangan Ahli Parlimen Kampar untuk mengadakan libat urus dan perbincangan secara terbuka melibatkan minoriti dan majoriti untuk isu perpaduan negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
PPTM 2025-2035 siap, diserahkan kepada Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir secara rasmi menerima Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 (PPTM 2025-2035), menandakan langkah baharu dalam pembangunan sistem pendidikan tinggi negara.

KPM, DBP sokong pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam undang-undang - Fadhlina
Ia termasuk melaksanakan kursus bahasa dan program seperti pertandingan debat, bagi memantapkan penguasaan bahasa pengamal undang-undang.
LRT3 dijangka mula beroperasi 30 September depan
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dengan kawasan sekitarnya, dijadual bermula pada 30 September depan.
[TERKINI] PM Anwar umum RM35 juta sokong ekosistem Wakaf Malaysia
Kerajaan setuju peruntuk RM30 juta bagi Program MyWaqafPTPTN, RM5 juta modal awal wujudkan entiti Permodalan Wakaf Nasional Bhd - PM Anwar.

Elon Musk dedah Jabatan AS 'tidak sengaja' potong dana pencegahan Ebola
Jabatan Kecekapan Kerajaan didakwa melakukan kesilapan apabila mengurangkan kakitangan dan program dalam beberapa minggu kebelakangan.
Bangunkan Gaza: Trump kongsi video AI Gaza dibangunankan, cetus kecaman
Akaun media sosial rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah memuat naik satu video yang dipercayai dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) berkenaan Gaza.#AWANInews

AIFA terima 57,782 pertanyaan sejak dilancarkan - MCMC
AIFA merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian serta membanteras ancaman siber.
Inisiatif yang dilaksanakan bagi mengurangkan kos operasi PKMS
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menjelaskan inisiatif yang dilaksanakan bagi mengurangkan kos operasi PKMS
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara

Android System SafetyCore - ciri amaran banteras kandungan tidak senonoh
Dalam penyenaraian di Play Store, SafetyCore dinyatakan adalah aplikasi sistem untuk mengendalikan ciri keselamatan dalam peranti Android.

PR1MA nafi ada projek di Cherating
PR1MA dalam satu kenyataan berkata, projek yang dimaksudkan adalah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA Pahang).