PUTATAN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengeluarkan lebih 100,000 surat kebenaran bergerak kepada nelayan, petani dan penternak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata langkah itu bagi menjamin bekalan makanan negara sentiasa mencukupi untuk rakyat, dan individu yang diberikan kebenaran di seluruh negara itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.
"Mereka yang diberi kebenaran ini, kita kategorikan sebagai sektor informal yang diberi kebenaran kepada MAFI untuk pengesahan pergerakan. Ini berbeza dengan sektor industri agromakanan yang (surat kebenaran) dikeluarkan oleh MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
"Sektor industri itu MITI, sektor informal bagi individu terlibat sebagai nelayan, petani dan penternak itu dikeluarkan oleh MAFI. Ini penting bagi memastikan bekalan makanan kita tidak terganggu sepanjang pandemik dan kawalan pergerakan," katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu beliau melakukan tinjauan mesra di Pasar Nelayan Kampung Pasir Putih di sini dan menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 100 nelayan di kawasan itu yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Terletak kira-kira 12 km dari Kota Kinabalu di pantai barat Sabah, Pasar Nelayan Kampung Pasir Putih mula beroperasi pada 2013 dan merupakan antara pasar nelayan yang aktif di Sabah dengan 20 hingga 35 bot nelayan mendaratkan serta menjual terus hasil tangkapan mereka.
Ronald turut mengumumkan peruntukan RM450,000 untuk menaik taraf pasar itu yang dicadang sebagai pusat sehenti bagi pemasaran ikan, pendaratan dan agropelancongan kerana lokasinya yang strategik dan berpotensi dimajukan bagi manfaat nelayan dan masyarakat setempat.
Sementara itu, dalam kenyataan sempena program itu, beliau berkata bekalan ikan mencukupi dan stabil bagi memenuhi keperluan negara dengan purata bulanan bekalan ikan untuk tahun ini dijangka kekal stabil pada 169,000 tan metrik berbanding dengan keperluan sebanyak 125,000 tan metrik sebulan.
Katanya sektor perikanan adalah antara sektor penting yang dibenarkan beroperasi tertakluk kepada pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menjamin kelangsungan rantaian perikanan serta pengusaha yang terlibat.
"Sebarang sekatan terhadap pengoperasian sektor perikanan boleh menyebabkan sekuriti makanan negara terjejas sekali gus meningkatkan kebergantungan import, keadaan ini akan menjejaskan sumber ekonomi nelayan tempatan dan keseluruhan rantaian perikanan," katanya.
Dalam pada itu, katanya pendaratan ikan seluruh Sabah untuk enam bulan pertama tahun ini adalah 107,000 tan metrik dengan nilai RM643 juta, manakala untuk tempoh sama Pasar Nelayan Kampung Pasir Putih merekodkan pendaratan hasil sebanyak 7,000 tan metrik dengan nilai RM35,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 18 2021

Ronald berkata langkah itu bagi menjamin bekalan makanan negara sentiasa mencukupi untuk rakyat, dan individu yang diberikan kebenaran di seluruh negara itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) - Gambar fail
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

MADANI Digital Trade: Anjakan perubahan bantu PKS manfaatkan teknologi - Tengku Zafrul
Inisiatif MDT mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan PKS meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan AI.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Malaysia perluas hubungan ekonomi, kurangkan kebergantungan kepada pasaran tunggal - MITI
Kerajaan akan terus memperkukuh hubungan ekonomi dan diversifikasi pasaran dengan negara-negara utama termasuk negara BRICS.

Cip AI disekat AS: Malaysia nilai sama ada undang-undang telah dilanggar
MITI menegaskan bahawa Malaysia tetap teguh menentang mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengelak kawalan eksport atau terlibat dalam aktiviti perdagangan haram.

Kerajaan perluas pasaran dagangan, perkukuh diplomasi untuk hadapi ketidaktentuan ekonomi
Kerajaan mengambil langkah mitigasi bagi menghadapi kesan negatif ketidaktentuan ekonomi global terhadap perdagangan luar negara.

Malaysia kekal destinasi utama pelaburan Eropah dan AS, potensi pelaburan hampir RM20 bilion
Setakat Disember 2024, 56 projek berpotensi dengan komitmen pelaburan hampir RM20 bilion dikenal pasti dan bakal dilaksanakan di Malaysia.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Pengesahan 18 PED, nilai semula Pelan AEC antara tumpuan penting AEM Ke-31 - MITI
Pemukiman AEM Ke-31 pada Jumaat ini di Desaru, dijangka menyaksikan semua negara anggota mengesahkan 18 PED dan menilai semula kemajuan AEC 2026-2030.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.