JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menggagalkan cubaan menyeludup masuk 727 tayar pelbagai jenis bernilai lebih RM690,000 dari Singapura, di Plaza Tol Kempas di sini, 28 Okt lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kejayaan itu hasil daripada pemantauan dan intipan pasukan PPM, dengan mengekori sebuah treler mencurigakan yang keluar dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) kira-kira pukul 5.35 petang.
"Polis telah menahan lori treler berkenaan dan menahan seorang lelaki lelaki tempatan yang merupakan pemandu berusia 56 tahun di Plaza Tol Kempas.
"Susulan itu, satu lagi tangkapan berjaya dilakukan ke atas satu lelaki tempatan berumur 28 tahun di sebuah premis di Taman Sri Skudai pada keesokkan harinya, kira-kira pukul 6.05 petang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPM Wilayah Dua.
Beliau berkata siasatan mendapati lelaki kedua ditahan dipercayai berperanan menguruskan segala urusan membawa tayar tidak bercukai masuk ke negara ini dari Singapura, selain merupakan majikan kepada lelaki dalam tangkapan pertama.
Ayob Khan berkata, selain tayar, turut dirampas sebuah lori treler jenis Mitsubishi bernilai RM150,000 dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM847,759.
Jelasnya, kedua-dua individu yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan sindiket terbabit dipercayai sudah beroperasi sejak lebih enam atau tujuh bulan lalu.
Ketika di tanya mengenai pembabitan 'orang dalam' dalam kegiatan itu, Ayob Khan berkata siasatan masih dijalankan.
"Pintu masuk bukan di bawah kita punya tanggungjawab, namun kita akan berkolaborasi dengam Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mengesan dalang aktiviti penyeludupan berkenaan, kerana modus operandi mereka adalah menggunakan laluan yang dikawal jabatan berkenaan.
"Jika kita melihat di pintu masuk, ada disediakan laluan khas untuk lori yang isytihar tidak membawa barang, treler terbabit melepasi laluan itu," katanya sambil menambah tayar seludup baharu itu dipercayai akan dijual pada harga lebih murah atau mengikut harga pasaran.
Katanya, lelaki pertama direman tujuh hari, manakala lelaki kedua direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 04 2021
![PPM Wilayah Dua gagalkan cubaan seludup 727 tayar dari Singapura PPM Wilayah Dua gagalkan cubaan seludup 727 tayar dari Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636006175_tayar.jpg)
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay melakukan pemeriksaan terhadap 727 tayar pelbagai jenama yang dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PPM Wilayah Dua di Johor Bahru hari ini. - Bernama
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![PPM Wilayah Dua gagalkan cubaan seludup 727 tayar dari Singapura PPM Wilayah Dua gagalkan cubaan seludup 727 tayar dari Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636006175_tayar.jpg)
PPM Wilayah Dua gagalkan cubaan seludup 727 tayar dari Singapura
Kejayaan itu hasil daripada pemantauan dan intipan pasukan PPM, dengan mengekori sebuah treler mencurigakan.