KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disarankan untuk bersedia dihadapkan ke mahkamah susulan dakwaan kes rasuah pengundi dan skandal penyalahgunaan dana kerajaan.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil membalas kenyataan Timbalan Presiden PPBM itu selepas Faizal mahu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi direhatkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi mengelakkan gangguan dan kelewatan perbicaraan kes mahkamahnya.
Kata Isham, Faizal tidak seharusnya mencampuri urusan Zahid kerana ia merupakan hak dan budi bicara Perdana Menteri untuk menentukannya.
"Daripada kamu sibuk dengan kes mahkamah orang lain dan pemimpin UMNO yang telah berlangsung selama lebih empat tahun di mahkamah akibat pendakwaan terpilih oleh pemimpin daripada parti kamu dulu.
"Saya saran supaya kamu atau rakan-rakan dalam parti kamu bersedia untuk dihadap ke mahkamah pula dan menjadi kluster mahkamah 2.0 akibat kes rasuah pengundi dan skandal penyalahgunaan dana kerajaan yang terbesar dalam sejarah Malaysia.
"Sebab sebelum ini semasa parti kamu dalam kerajaan, puak-puak kamu banyak terlepas dari pendakwaan kes jenayah apabila wakil-wakil rakyat kamu melompat parti," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Isham turut memberi amaran kepada Faizal dan pemimpin Perikatan Nasional (PN) agar tidak cuba mengalihkan isu berkaitan rasuah yang dipanggil 'sedekah'.
"Adakah kamu rasa kamu atau rakan-rakan kamu akan dapat terlepas begitu sahaja lagi kali ini dengan mengalih perhatian kepada isu orang lain dan dengan memanggil rasuah kamu itu sedekah?
"Rakyat tidak akan lupa kes-kes ini. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kamu perlu fokus kepada masalah kritikal kamu dan parti kamu ini.
"Sesiapa yang melakukan jenayah dan rasuah tidak boleh terlepas dari pengadilan, di dunia atau di akhirat. Bersiaplah," tegasnya.
Afiezy Azaman
Fri Jan 27 2023
Kata Isham, Faizal tidak seharusnya mencampuri urusan Zahid kerana ia merupakan hak dan budi bicara Perdana Menteri untuk menentukannya. - Foto fail/Astro AWANI
Kerajaan kekal kawal selia vape melalui akta kawalan produk merokok - Dzulkefly
Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan bermula 1 Okt lepas.
Polis rampas ganja bernilai hampir RM500,000
Polis melumpuhkan sindiket pengedaran ganja dengan merampas dadah bernilai RM499,974 dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Semenyih pada Jumaat lepas.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.
Kemaman dilanda banjir, dua PPS diaktifkan
Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak malam tadi.
Bahan api fosil masih jadi sumber tenaga - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
Pembantu Khas dan Ketua Polisi Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Pentadbiran Presiden Republik Azerbaijan, Hikmat Hajiyev berkata bahan api fosil akan terus menjadi sumber tenaga dan tidak mungkin boleh digantikan dengan sumber tenaga boleh baharu sepenuhnya. Namun, jelasnya langkah peralihan tenaga dan agenda hijau perlu terus dilakukan tanpa henti. #AgendaAWANI
COP29 gesa negara maju beri sumbangan, transformasi tenaga hijau tidak akan berjaya tanpa dana - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
Pembantu Khas dan Ketua Polisi Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Pentadbiran Presiden Republik Azerbaijan, Hikmat Hajiyev berkata COP29 kini digelar sebagai COP Pendanaan kerana tumpuan utama yang jelas terhadap keperluan memenuhi komitmen sumbangan kepada dana iklim. Jelasnya, memandangkan tiada sebarang ketetapan berkenaan nilai kutipan diumumkan, maka sebarang sumbangan dengan jumlah signifikan merupakan kejayaan yang perlu diraikan. #AgendaAWANI
Perdana Menteri akan hadir Dewan Rakyat pada 21 November - YDP Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku didalam Dewan Rakyat selepas YDP Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan Perdana Menteri akan hadir ke Dewan Rakyat pada hari khamis.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Agenda AWANI: COP29 | Belajar daripada Azerbaijan, makna perubahan
Penganjuran #COP29 di Baku, Azerbaijan membuka mata dunia mengenai kemampuan negara itu menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa tersebut. Adakah ia juga secara tidak langsung mengubah persepsi dunia terhadap Azerbaijan secara umumnya? #AgendaAWANI 830 mlm ini di @501Awani
Restoran beroperasi separuh abad dikompaun guna logo halal tidak sah
Sebuah restoran di Kota Bharu yang telah beroperasi sejak lebih separuh abad dikompaun kerana menggunakan logo halal tidak sah.
Muat naik gambar jelik: Penganggur dipenjara enam bulan selepas gagal bayar denda
Tertuduh didakwa guna aplikasi TikTok secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Wanita didenda RM2,500 sebabkan kematian tanpa niat warga emas
Siti Nuridah Jumali, 24, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Timbalan Presiden baharu Kenya dilantik secara rasmi
Kithure Kindiki mengangkat sumpah pada Jumaat selepas mahkamah menarik balik arahan yang menghalang pelantikannya.
Pegawai kanan syarikat penerbangan didakwa gagal lapor kes diberi suapan RM1,000
Tertuduh didakwa telah diberi suapan daripada seorang lelaki tempatan melalui pindahan wang secara dalam talian.
Saman fitnah bekas menantu: Chef Wan tarik balik permohonan bagi kebenaran merayu
Panel tiga hakim membatalkan permohonan itu dan mengarahkan Chef Wan membayar kos RM5,000 kepada Gavin Edward O'Luanaigh.
Suami isteri Rohingya didakwa kes pecah rumah, curi
Pasangan suami isteri etnik Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan pecah rumah, mencuri dan menyimpan pelbagai harta curi.
Pendakwaan bantah soalan tiada kaitan kes rasuah Lim Guan Eng
Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan yang dikemukakan pasukan pembelaan.
Saman SRC: Najib pertahan tindakan luluskan pinjaman RM3.95 bilion daripada KWAP kepada SRC
"Saya mahu SRC mempunyai modal yang cukup untuk memenuhi objektifnya," kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bunuh rakan: Hukuman mati bekas pekerja kilang diganti penjara 34 tahun
V. Veeran dan M.S. Sasitharan juga diperintah menjalani hukuman masing-masing dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 23 Jun dan 25 2014.
Bicara kes cedera, khianat Norjuma bermula April dan Mei tahun hadapan
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.