Kasih sayang seorang ayah
Roslan Arshad menikmati sarapan pagi bersama ahli keluarga beliau di salah sebuah restoran berhampiran Setapak, Kuala Lumpur. - AWANI/SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Roslan Arshad seorang ayah kepada tiga orang anak. Semua anaknya lelaki. Tetapi takdir Tuhan menentukan dia tidak pernah menatap wajah anak-anaknya. Dia buta sejak umurnya 17 tahun.

Roslan, 43, bagaimanapun tidak pernah menyesali ketentuan itu. Dia tidak pernah juga menjadikan kekurangan dirinya itu sebagai penghalang untuk dia memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya.

Roslan bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat urutan refleksologi di Brickfields, Kuala Lumpur. Setiap hari, dia berulang alik dari rumahnya di Setapak untuk ke tempat kerja.

Wartawan foto, SHAHIR OMAR mendekati keluarga istimewa ini untuk merakamkan kasih sayang seorang ayah kepada anak-anaknya.

Klik untuk melihat GALERI FOTO bapa kepada tiga anak ini.