KUCHING:Ahli Majlis Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi mencadangkan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) dipotong tiga bulan untuk disalurkan bagi pembelian peranti elektronik kepada pelajar sekolah yang kini sedang mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Beliau berkata Kerajaan Negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu lebih prihatin kepada nasib pelajar di Sarawak daripada golongan miskin bandar dan miskin luar bandar yang kini amat memerlukan peranti elektronik bagi tujuan PdPR.
"Kita tidak mahu anak-anak ini ketinggalan dalam pelajaran mereka hanya kerana tidak mampu membeli peranti elektronik sekali gus ia akan merugikan dan mereka akan ketinggalan dari segi pelajaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi PSB Tanjung Manis berkata GPS seharusnya mengambil berat masalah pelajar ketika ini dengan memberi peranti elektronik kepada semua pelajar di Sarawak secara percuma dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri.
"Dalam pengumuman Bantuan Khas Sarawakku Sayang 5.0 oleh Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) tempoh hari, tiada satu pun yang dikhususkan untuk pembelian peranti elektronik bagi pelajar sekolah di Sarawak.
"Terdapat hampir 1,000 permohonan dari seluruh Sarawak bukan hanya di Parlimen Tanjong Manis dan ada juga yang memohon terus kepada saya," katanya.
Beliau berkata cadangannya itu bukannya untuk mencari salah sesiapa tetapi untuk sama-sama membantu pelajar di Sarawak dalam menjalani pelajaran mereka dengan lebih baik dan teratur.
Bermula minggu lalu, Pusat Khidmat Rakyat PSB Tanjong Manis sudah mula mengagihkan bantuan peranti elektronik kepada pelajar yang memerlukan iaitu 100 unit tablet disediakan untuk pelajar Tingkatan Enam, 200 telefon pintar untuk pelajar Tingkatan Satu hingga Lima dan 50 komputer riba untuk pelajar universiti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021
Aditajaya berkata cadangannya itu bukannya untuk mencari salah sesiapa tetapi untuk sama-sama membantu pelajar di Sarawak menjalani pelajaran dengan lebih baik dan teratur. - Facebook Iryn Zahiryn Gallery
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Bekas Presiden PSB dilantik Naib Presiden Kanan PDP - Tiong
Parti Sarawak Bersatu (PSB) sah dibubar dan ahlinya menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) dengan Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP.
DAP Sarawak perlu main peranan pembangkang lebih aktif - Penganalisis
Kedudukan pembangkang yang terlalu lemah di dalam dewan undangan negeri (DUN) Sarawak akan menyukarkan proses semak dan imbang sekali gus boleh menimbulkan masalah ketidakcekapan pentadbiran.
GPS belum beri 'lampu hijau' untuk ahli PSB sertai PDP
Abang Johari berkata belum ada sebarang mesyuarat gabungan politik itu bagi membincangkan isu ahli PSB menyertai PDP selepas pembubaran PSB.
Deretan empat rumah hangus dalam kebakaran
Keempat-empat buah rumah kelas A itu mengalami kemusnahan lebih 90 peratus, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.
Pasca PRU15: Lebih 26,000 tandatangan petisyen, gesa MP Sarawak tolak kerjasama dengan PN, Pas
Petisyen yang dilancarkan Parti Sarawak Bersatu itu dimulakan pada Selasa, 22 Nov melalui lawan sesawang change.org .
PRU15: Wong Soon Koh mahu ke Dewan Rakyat, sedia rampas Parlimen Sibu
Jelas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) itu keputusan buat sebagai memenuhi permintaan ahli yang mahu beliau mewakili suara parti itu di Dewan Rakyat.
Chee How perlu letak jawatan sebagai ADUN, bayar ganti rugi kepada PSB - Soon Koh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How perlu meletakkan jawatan sebagai ADUN Sarawak serta-merta, kata Datuk Seri Wong Soon Koh.
PRN Sarawak: Air mata Soon Koh rayu sokongan untuk PSB
Sendu dan air mata mengiringi rayuan terakhir Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Khamis, agar rakyat memberi peluang kepada parti itu.
PRN Sarawak: PSB bukan macam PH, hentikan projek pembangunan jika berkuasa - Koh Kumbong
Projek pembangunan infrastruktur yang sedang rancak dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh akan diteruskan dalam usaha membangunkan kawasan tersebut.
PRN Sarawak: Jumlah calon ramai, namun kesimpulannya lebih kepada pertembungan GPS, DAP dan PSB - Penganalisis
Pemerhati politik Dr Jeniri Amir dan Dr Lee Kuok Tiung, kedua-duanya anak Sarawak, senada jelas tidak terperanjat dengan jumlah calon yang besar itu.